Hadis selalunya dijadikan sebagai kata penguat oleh seseorang untuk memantapkan hujahnya.
Tetapi, sekarang ni, makin ramai yang suka sangat bermain-main dengan hadis, konon-kononnya hebat berhujah, tetapi salah dari segi pemahamannya.
Hadis-hadis dikutip dari merata tempat dari internet. Yang tak pernah ada dijadikan ada, Yang palsu diagung-agungkan, Yang lemah dicanang-canangkan. Jangan ingat segala jenis benda di dalam internet ini adalah betul, jika internet kata ya, maka ya lah kita.
Ada lagi teruk. Hadis yang sememang diriwayatkan oleh perawi hadis sahih dijadikan satu isu dan diberi pandangan sendiri yang ternyata bercanggah dengan pendapat sebenar ijmak ulama. Contohnya dari golongan Mak Nyah yang berkeras mengenai status sucinya dorang , hadis dijadikan medan pegangan untuk menutup mulut pengkritik yang pada hakikatnya tafsiran dorang adalah datang dari nafsu sendiri semata-mata. Ijtihad ulama ditolak mati-mati, ijtihad si MakNyah pula digunapakai.
Lagi si golongan murtad yang mengeluarkan berbagai hadis, lalu dibahaskan mengikut kepala otak sains. Pada dasarnya nampak bijak, tetapi realitinya, hujah mengikut kepala hotak logik akal dicampur dengan nafsu akan menghasilkan satu keputusan yang sememangnya busuk dan tidak berasas. Contohnya jika korang berada di tempat golongan-golongan ini, mestilah hanya kemenangan yang korang nak. Disitulah bermulanya nafsu menguasi akal, lalu diterjemahkan satu pernyataan yang ternyata koranglah rajanya, koranglah dewanya. Jadi, mana telusnya hujah korang yang kononnya bijak tu?
Dari kepimpinan tinggi negara pula, hadis yang dirasakan membidas mereka ditolak tepi-tepi, dibuat tak nampak, lalu dicari hadis yang sedikit sebanyak boleh menguatkan jentera pemerintahan mereka. Jika seseorang pemimpin itu baik, apa baik dan buruknya sesuatu akan diambil iktibar dan dijadikan pegangan dalam memimpin, bukannya dengan ignore yang buruk, yang baik-baik sahaja diangkat.
Jadi, seeloknya kita, jika ingin berhujah mengenai hadis, cari dan kaji dahulu sumber mengenai hadis tersebut,apa maksud tersirat di sebalik hadis, kerana jika apa yang kita sebarkan itu salah, samalah seperti kita cuba bermain dengan agama.
Related Post
Kenapa media Malaysia berat sebelah?Media-media utama di Malaysia berat sebelah? Mungkin korang semua dah tahu benda ni, yang mana semua media utama di Mal…
Orang kita pandai menilai?Dont judge by its cover. Satu ungkapan Inggeris yang dipinjam lalu diolah menjadi satu frasa melayu yang berkaitan denga…
Dikir Barat BodohDikir barat yang sememangnya terkenal di negeri Kelantan sememangnya diakui dunia. Bukan sekadar dalam negara, malahan t…
Blogger Batu Api, Blogger SampahBlogger batu api yang melaga-lagakan antara blogger jelas menunjukkan publisiti murahan lagi bodoh. Jika korang biasa d…
Hudud, Hukum Manusia mengatasinya.Hudud ialah hukuman yang telah ditetapkan oleh Allah kepada semua orang Islam untuk diikuti dan dijadikan panduan di dal…
Followers
Artikel Pilihan
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Malaysia merupakan bumi yang bertuah yang kaya dengan kepelbagaian bio. Kepelbagaian bio merangkumi semua benda hidup serta ekosistem yang m...
-
Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal bl...
-
Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By Catatan Info
13 Komen untuk "Demam Hadis Di Nusantara"
betul laaaa..
tapi kan ada sesetengah org..
bile berhujah, dier laaa yang hebat
tp secara practikalnye
dier laaa yang paling hancur
kan...heee sekadar berpendapat
kalau nak blajar agama elok jgn belajar dari tenet...
cari lah guru2 yang bertauliah..
insyaallah tak lah sampai tersesat mesat...
bila agama dipermainkan. jadi la mcm tu..
akan ada satu masa bila mlysia, umat islam pcah bgitu truk. smpai akan ada sorg tu memaki hamun saudaranya dan berhujah tnpa menghayati penghujahan tu..
bercakap mngkut nafsu
setuju sangat2.. klu hadis sahih x pe lar.. banyak sangat kes2 cam tue skrg..
manusia sekarang dah tah takut dgn humum Allah. main ikut sedap hati jek. mana nak amek, amek. yang taknak tolak tepi. haih
saya pun agak bimbang kalau nak guna hadis ni sebab tak tahu betul ke x. memang hebat kalau hujah guna hadis. tapi perlulah betul maksudnya dan sumbernya. jangan sampai sesat pulak sebab tu.
So true!bab2 hadis takleh main2..klu boleh nak rujuk hdis pada buku atau rujuk pada ustaz terus..klu internet ni ada yg betul ade yg tidak..bahaya
setuju! :) kalau diri sendiri tak pasti, even nak masuk dalam entri pon jangan main copy paste je kalau kita pon tak paham.. kena baca, paham, kaji dulu baru boleh bercakap pasal benda2 tu.. agama tak boleh dibuat main-main..
hmm. kadang-kadang ada tershare hadis palsu tanpa sedar =(
@SyazwanSarawak
:) xyh share dhla pasni. hehe. pengajaran
Dalam hidup memang tak kan lepas dari Al Quran dan hadis,,
sebagai pemantap iman memang wajib untuk dilakukan,.
Tapi sekarang ini banyak sekali orang'' main gampangnya saja.. banyaknya yang jelas dibikin remang''. Astaghfirullah,.
bella slalu cari hadis dalam buku pelajaran pend. Islam je~ hehe
nak guna hadis, kena pastikan sumber dan kesahihan. namun tak ramai yang buat camtu. semua main redah, tak sedar dah sebarkan hadis palsu