BDWcZqYfiNe0LQRF7XAS3fk5a1E Jangan Ignore!

Friends

Tuesday, February 14, 2012

Jangan Politikkan Hari Valentine!

"Immoral activities happen every day. It is not right for Pas Youth to urge a ban on the day saying that it will promote unhealthy activities. This just doesn't sound right" . 

Ini adalah pendapat salah seorang rakyat Malaysia yang ditemuramah oleh NST ( New Straits Times ) yang dikenali Haikal Zawawi. Pendapat daripada seorang yang bergelar Muslim! 

Kononnya nampak bijak, tapi itu hanyalah pendapat daripada seorang yang pandai bercakap tanpa guna otak dan agama.

Memanglah perkara tidak bermoral itu berlaku setiap hari, tetapi alasan seperti itu tetap tidak membenarkan seseorang yang bernama muslim untuk menyambut Hari Valentine. Kaji dulu apa cerita di sebalik valentine itu dan fikir apa yang faedahnya kepada agama jika korang menyambut hari seperti ini. Adakah sambutan Hari Valentine ini dapat menimbulkan kecintaan kepada Allah? Jika ya , teruskan, tetapi kalau dah namanya Valentine, takde maknanya, sedikitpun takde faedah. Fikirkanlah insan bergelar Haikal Zawawi yang nampak bijak , tetapi hanyalah seorang bodoh yang bercakap tanpa berfikir.


"What is wrong with celebrating Valentine's Day? Can a one-day event cause the moral values of Malaysians to go down?
  "What  proof  has Pas got to substantiate such claims? We should not pay attention to them ... they are a confused lot.

Ini pula pendapat daripada seorang yang bergelar pemimpin. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Juga seorang muslim dan juga pemimpin negara kita!

Jawapan yang lagi bangang serta bodoh daripada seseorang yang kita sanjung, tabik dan junjung selama ini. Encik Menteri, sebelum berkata-kata, tolonglah berfikir menggunakan otak, jangan gunakan kepala lutut. 

Hari Valentine ni sedikitpun tiada kaitan dengan politik ! Tiada kaitan dengan UMNO, tiada kaitan dengan PAS, tiada kaitan dengan PR, tiada kaitan dengan politik!

Kenapa perlu ditegur pas sedangkan benda itu memang satu dunia tahu tentang asal usul Hari Valentine. Kalau itu sekalipun keluar daripada mulut pas, ianya perkara yang baik untuk diterima, bukanlah propaganda politik semata-mata. 

Tolonglah jangan tunjukkan kebodohan itu dimata rakyat. Kami bukan rakyat yang tiada pendidikan, kami tahu bezakan apa itu baik, apa itu buruk, apa itu busuk, apa itu wangi. 

Aku sebagai remaja sedikitpun tidak laparkan Hari Valentine. Biarlah aku digelar kolot, tiada LIFE, tetapi selagi hidup aku terpelihara, persetankan semua itu. Jika itu yang islam mahukan, itulah juga tanggungjawab aku sebagai muslim.

- Hari Valentine bukan hanya difatwakan haram di Malaysia, tetapi juga di negara-negara Islam lain- 


Sunday, February 12, 2012

Kenderaan Kerajaan Dikecualikan Daripada Cukai

Satu petition yang dikemukan oleh CUEPACS ( Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam )

 Sumber : Bharian

Jika dilihat, ianya banyak menolong kenderaan-kenderaan kerajaan. Tetapi, jika dikaji secara mendalam, akan timbullah satu lagi masalah salah guna kuasa. Yela, tol percuma, siapa yang taknak. Silap-silap, semua kenderaan akan ada logo jabatan. HAHA

Kajian secara terperinci perlu dijalankan bagi meluluskan cadangan ini supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah.

Apa kata korang? Nak tol free, kerja kat negeri yang takde tol. HEHE


Thursday, February 9, 2012

Gay Vs Pondan - Video

Salah satu masalah sosial yang mulai tersebar dengan luasnya di Malaysia ialah masalah gay dan pondan.

Video yang diambil dari sumber myMetro Tv menunjukkan yang masalah gay dan pondan ini makin menjadi-jadi di luar kawalan pihak berkuasa.

video

Kelab malam yang dipenuhi oleh kesemua lelaki ini dikatakan bertapak di ibu kota. Melayan nafsu songsang tanpa memikirkan batas-batas agama.

Apa pendapat korang? Geli atau buat-buat geli? HAHA. Joget-joget , raba-raba, cium-cium. Sama-sama lelaki. Oh, tersangat jijik.

Harapnya selepas ini, pihak berkuasa akan membuat pemantauan lebih ketat di pusat-pusat hiburan. Tak mustahil satu hari nanti, Malaysia saling tak tumpah negara barat. Hiburan tanpa kawalan hingga yang songsang pun dianggap biasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...