Ringan-ringan adat berkapel

Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam, ianya dikira ringan-ringan. Kau pegang aku, aku pegang kau, kau main aku, aku main kau.

Bagi korang yang pernah ringan-ringan, mungkin sudah sampainya korang berkahwin. Ringan-ringan boleh berlaku secara paksaan mahupun secara suka dan rela. Bagi lelaki gila seks, kalau tiada ringan-ringan dalam percintaan, tiada makna bercinta. Bagi perempuan , ringan-ringan hanyalah khusus untuk teman lelaki tersayang.

Bodohnya perempuan dan lelaki yang terlalu mengikut nafsu ini. Sanggup menjadi hamba kepada syaitan dengan cara melakukan perbuatan terkutuk ini. Selalunya perbuatan ini dilakukan ketika mana berdua-duaan dan jauh daripada pandangan ramai. Konon-kononnya malu dengan orang ramai, sedangkan hakikatnya, Allah sentiasa melihat.

Pasangan yang pernah melakukan ringan-ringan pastinya tidak akan bertahan lama, kerana nafsu lelaki akan sentiasa berubah-ubah dan mahukan lebih dari satu pasangan. Bagi perempuan, setianya cinta kepada lelaki yang pernah meraba-raba nya. Di sini, kita dapat melihat betapa bangangnya lelaki dan juga betapa bodohnya si perempuan.

Jika korang pernah terlibat dengan perbuatan seperti ini, insaflah dan kembali ke pangkal jalan. Si lelaki yang pernah merosakkan perempuan dengan pujuk rayu korang tu, kahwinilah perempuan yang korang dah rosakkan dan bersama-sama meminta ampun kepada Illahi atas perbuatan terdahulu. Bagi si perempuan yang sudah ditipu oleh lelaki setelah puas diraba-raba, mohon keampunan dan kembali kepangkal jalan.


Encik Ji : suka makanan ringan

7 Komen untuk "Ringan-ringan adat berkapel"

BAIK RINGAN2 yang halal. Lebih baik

:)

suka makanan ringan, hehe XD

terbaik!

Peringatan tuk adik2adik yg bercinta dizaman penuh dugaan....

Suka makanan ringan jugak....hhee

itu RINGAN tangan NAMAnya. haha

haha. jomla membudayakan ringan-ringam

tangan tea ringan ni nak melempang jantan miang. -.-"

pape pun, mintak dijauhkan.

macam-macam now ni. da ringan-ringan tu, pastu tinggal bila nafsu terhadap masing-masing da pudar.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X