Ciri-Ciri Perempuan Yang Menyampah Di Mata Lelaki

Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan?

Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara jejaka-jejaka terpilih yang dibawa khas dari rumah yang berlainan mengenai perwatakan wanita yang tidak disukai oleh deme-deme ini.

Seramai 8 responden telah dipilih dan ini adalah antara ciri-ciri yang majoriti daripada mereka tidak suka ada pada pada perempuan :

1) Gedik
- Kesemua 8 responden menyatakan tidak suka pada perempuan yang suka gedik-gedik.  Walaubagaimanapun, 5 daripada 8 responden berpendapat, perempuan-perempuan yang bertaraf cun boleh lagi diterima kegedikan mereka.

2) Busuk/Terlalu Wangi
- Kesemua responden bersetuju tidak sukakan perempuan yang busuk ataupun terlebih wangi. Maknanya nak kat sini, mereka mahukan perempuan yang ala kadar je. Wangi tak, busuk pun tak. Kalau busuk, yang cantik boleh jadi buruk. Kalau terlebih wangi, yang cantik boleh menyakitkan. Jadi, kepada perempuan di luar sana, kalau nak mengenakan minyak wangi sekalipun, jangan guna yang terlalu menyakitkan hidung. 

3) Selekeh
- 6 Responden bersetuju perempuan selekeh buruk di mata mereka. Selekeh dalam erti kata lain ialah tidak pandai bergaya ataupun memang tak pernah bergaya. Pemilihan tona-tona warna untuk digayakan penting kepada mereka ini.  2 daripada mereka tidak bersetuju kerana selekeh itu hanyalah luaran semata-mata, yang penting. Alhamdulillah. Jejaka Malaya Terakhir.



4) Berlagak
- 5 Responden amat menyampah dengan perempuan berlagak. Dengan nada kerasnya, mereka bersetuju. Tetapi, mungkin kerana responden yang dipilih ini tidak terlalu hensem membuatkan perempuan malas untuk melayan mereka. HAHA. Walaupun begitu, 3 lagi responden sukakan perempuan yang sombong kerana menganggap perempuan itu satu makhluk yang suci dan indah, sombong itu bukan tanda berlagak, tetapi pemalu. Betul ke?

5) Demand
- Kesemua mereka amatlah bersetuju perempuan yang demand patutlah dihindari. Perempuan yang demand ini dianggap kaki kikis duit PTPTN mereka. Di awal perkenalan, ajak makan aiskrim pun taknak. Tapi, bila dah kenal, ipad2 dimintaknya. 'Sorry to say, this type of girls is the real bitch' (google translator= error in grammar ) , kata seorang responden.

6) Mekap tebal
- 7 daripada 8 responden tidak sukakan perempuan yang suka mengenakan mekap tebal kerana mekap tebal ini dianggap menyembunyikan wajah sebenar si perempuan. Pada mereka, perempuan yang tidak mengenakan mekap atau mekap ala kadar adalah lebih cantik. Walaubagaimanapun, seorang responden diam. Mungkin makwenya suka mengenakan mekap tebal. HAHA

7) Bising
- Kesemua responden sebulat suara bersetuju perempuan bising mengAnnoyingkan. Mereka berpendapat, perempuan yang bising ini kurang kasih sayang ataupun mengalami masalah kecelaruan identiti yang menyebabkan mulutnya tidak boleh berhenti bercakap. Mereka lebih sukakan perempuan yang ayu dan pandai menjaga mulutnya.

8) Freehair
- 5 daripada 8 responden mengatakan tidak sukakan perempuan yang tidak bertudung. Pada pandangan mereka, perempuan freehair ini tidak pandai menjaga apa yang diberi pinjam oleh Allah kepadanya. Walaubagaimana pun, 3 lagi responden mengambil pendekatan positif yang mana mungkin perempuan freehair ini kurang pendedahan tentang agama dan masih lagi boleh dibentuk.

Ini adalah sedikit perbincangan yang telah dijalankan oleh jejaka-jejaka yang terpilih. Perbincangan yang tidak disengajakan bermula apabila salah seorang rakan membuka cerita mengenai kes buang bayi yang entah macam mana, ciri-ciri perempuan pula dibincangkan.

Walaubagaimanapun, ini adalah pendapat semata-mata, jika ada pendapat lain, boleh dikongsi bersama-sama.
26 Komen untuk "Ciri-Ciri Perempuan Yang Menyampah Di Mata Lelaki"

ohh really
ingtkan most lelaki suke permpuan free hair
boleh buat bancian ek pasnie

agak2 laki suke x pompuan yg muke polos je & ganas?

oh..saya tak termasuk..siyesss~~;p

Encik Ji, buatlah entri pasal Ciri-ciri Lelaki yang menyampah di mata perempuan pulak. :p hahah

weh. haha. sumpah kelakar baca. tersengih sorang-sorang. ade2 je kan awk ni encik JI. laki suka yang freehair utk buat cuci mata je. kalau utk bakal isteri, semua pon mestilah mahu yang perfecto. ye dak? :)

Sebaik2 perhiasan didunia adalah wanita solehah..yg penting kurrata a'yun(sejuk mata memandang) :D

Dh tu,kalo pompuan tu dr golongan non-muslim,camna plk?Menyampah juga ke tgk mrk sbb xbertudung???

Yang no 7 tu saya nak komen sikit ye. Sebab geng saya antara yang tak disukai oleh budak laki sebab deorang kata kiteorang bising. Bising pantang jumpa even satu rumah tapi lain kelas. Tapi deorang lagi suka perempuan yang bising bila dengan lelaki. Sorry sebab geng saya xberapa suka/rapat dengan lelaki. Jadi, nak kata kami yang perempuan ni annoying ke lelaki yang tak suka kiteorang ni annoying? (sorry agak panjang.hehe)

adush .. freehair x freehair ke belakang kire janji ko tau agama ko ap , litu bagai atas bawah terover freehair pon x gune nak bg ceramah kat orang lain pendek kate .. nobody's perfect , mind ur bisnes ( singkatan ) , jaga hati n mulut sendiri .. yang lain biar allah yang adili sbb kau , aku n sesape pon tade hak nak mengadili atas dunia ny ..

Anon :) Sape yg mengadila di sini?

no. 6 part walaubagaimanapun tu kelakar habis...LOLL

saya suke perempuan free hair ok
diorang cun

perempuan brtudung jeles dgn perempuan free hair

ahahahaha lawak je...

anyway, terpulang pada 'responden2' tersebut utk membuat penilaian. yg penting, dosa pahala isteri kendian ari kene la tanggung dan terima kan...

cheers all!! ^__^

Rasa menyampah jgak tengok ppuan yg pkai konon alim,nanti bos pggl kat opis tak dgr sbb kain tutup hbs sampai telinga,bila org kafir dgn selesanya megerbangkan rambut .yg melayu rimas dok sibuk adjust tudung sbb panas dan menunjuk2

Walauapapun , setiap orang ada citarasa sendiri , Allah telah ttpkan jodoh kita masing-masing . Mungkin bagi kita menyampah but in others sight , sangat cantik . Ini mknanya kita semua sempurna , Allah ciptakan kita semua sempurna . Bersyukur je lah .

nk kta freehair 2 kekadang je lahh tp cba untk memahami hati lelaki sedalamnya..lbh2 lg lelaki yg annoying ataupun bdx hot katakan..

Apakah bangang laa org laki yg komen cam ni.. ak syorkan kau keluar dr islam je laa.. kalu diri saje islam tp hati x berkenan ngan islam,,duk kat pantat nerake ugak..

hahahhaa..

pakai make up tebal tu xboleh blaaa..

jom..
http://warkahterkini.blogspot.com/2014/09/apa-nasib-6000-kakitangan-mas-yang.html

Owh...begitu rupanya pandangan si lelaki kepada si perempuan!
Hehehe....

Oo...tetapi bhg selekeh itu...pemilihan tona 2 wrna itu penting kpd golongan lelaki...saya nsihatkan kpd golongan wanita agar memilih tona wrna yg tidak trlalu cerah krana golongan lelaki akn mudah tertarik skiranya mngunakan tona wrna yg terlalu cerah....anyways thanks 4 giving the opinions about women....sesungguhnya allah knows what you do physically or in your heart....

Mcm x masuk akal ke pndgn awak ni :D

Sama je la pakai tudung ke x pakai tudung ke, x bg effect kat pendengaran pun. Dah nama lelaki tak yah ler bagi pndangan mcm ni, saya ni pakai tudung even x besar mana tapi kain dia tebal pun,still sama je, boleh je dengar even orang cakap perlahan :)

Sy rasa awak ni hidup di zaman mana ya?memandang pmpuan tidak bertutup itu sbg keji dan tidak pandai jaga diri..sy rasa ada diskriminasi di situ..dan pmpuan yg elok berjubah pun diromen oleh lelaki dan disebarkan videonya..kbyakan yg bertudong itu kdg lebih buruk akhlaknya..bukalah pemikiran..hidup ini bkn utk mencari salah wanita sahaja..yg lelaki dibiarkan bebas meratah anak dara org..melihat video porno yg sah2 bogel..fikiran kamu masih jumud krn terlalu terikut budaya bangsa arab yg 1 bdn di tutup dgn kain hitam...bukalah fikiran ....ubahlah drp melihat wanita itu hnya sbg objek seks jika tidak menutup aurat..kalau dlm dunia ni ada 100000 org pikiran mcm awk...rosak lah dunia ni....banyak lagi hal yg kena fikir berbanding tilik kulit dan rambut org....

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X