Pasangan Sangap dan Phonesex

Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan nafsu dengan cara bercakap di telefon mengenai hal-hal lucah.Phonesex tidak akan terjadi tanpa persetujuan kedua-dua pihak. Tengoklah betapa terdesaknya manusia dengan  mengeksploit teknologi untuk melunaskan hawa nafsu.

Jika di luar negara, adanya perkhidmatan CallGirl yang mana menawarkan perkhidmatan seks melalui telefon, tetapi jelasnya, di Malaysia, juga terdapat perempuan yang menawarkan seks melalui telefon ini dengan melanggan servisnya. Caranya cukup mudah, cukup dengan topup 10 ringgit, sangap lelaki akan terjawab. Jika korang biasa dengan MIRC, (multi internet relay chat) yang dahulunya cukup popular bagi golongan remaja mencari kawan, dijadikan tempat mempromosikan service phonesex. Cukup murahnya harga maruah.

Orang yang terlibat dengan phonesex selalunya akan mencari mangsa yang lain dengan cara menggangu orang awam menggunakan laman sosial seperti Facebook. Selalunya lelaki sangap yang akan menggangu orang di facebook kerana selalunya perempuan sangap ini selalunya malu-malu kucing, kalau tak dicucuk, tak akan bergerak. Mereka hanya menunggu lelaki sangap untuk mengajak mereka.

Lelaki sangap yang terdesak selalunya akan mencari no-no phone yang diletakkan tanpa privasi di facebook, dan dimulai dengan mesej-mesej yang mengajak untuk berborak lucah. Dan ada juga no-no phone yang diperoleh daripada kawan-kawan yang dikongsi bersama-sama untuk melucah.Jadi, bagi perempuan, jangan sesekali mendedahkan no phone korang di facebook ataupun memberi no phone kepada lelaki yang tidak dikenali. Silap-silap, korang yang akan jadi mangsanya.

Jika korang dah menjadi mangsanya, abaikan semua mesej-mesej lucah itu, tetapi jika gangguan berterusan, reportlah kepada pihak yang berwajib. Jika di Malaysia, terdapatnya akta dibawah gangguan seksual dan boleh dikenakan tindakan kepada lelaki-lelaki sangap tahap sewel ni.

Jangan sesekali terjebak dengan kegiatan yang semestinya tidak sihat ini. Jangan sesekali biarkan nafsu menguasai akal fikiran korang yang waras tu. Dan yang paling penting, jangan jadi pasangan sangap bodoh.


Encik Ji : dah lama tak topup 
13 Komen untuk "Pasangan Sangap dan Phonesex"

kawan GK penah kene panggilan camni. kul 4 pagi suara lelaki gersang call. terus tak bole tido kawan GK tu. sbb fobia. sian dia.. ngeri lah!

syana byk kali kne mcm ni...gara2 ad yg sebar no syana...smpai skunk x taw sape...last2 syana tkr no...

jaga2la yer kaum prmpuan. hidup di zmn ramai lelaki sangap moden ni. hehe

kakak kiter pon pnh kena gini,,siap 3g lagi bodo tol,,nk tgelak pon ader,,tpi zmn skrg ni rmai jerpasangan couple yg phonesex,,kawan i ada yg gitu (kes tkantoi),,biasa laki yg mula dulu,,huhu

nah rm3 pergi topup... kikikiki...

betul! sekarang ni phonesex sangat lah pop... remaja sekarang pun ada je yg buat macam tu... grrrrr

kalo dah sngap. hehe. xleh wtpa..

haishh macam2 lah..
pergi kawen je kn senang..
xyah phone sex dh..
free je dpt kn.. :)

tau xpe..geram gila.kdg dgn kawan sekolah pn ajak wat phone sex. dgr sore haku kata sore seksi n mnja terlebih.. dah haku mmg sore cam2..xkn nk ubah sore..shit. ada pulak ntah mmt mna sesat nofon dgr sore haku trus keep kal kata sore haku wat dy stim..demm

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X