Kenapa ramai orang tidak sukakan JDT?


JDT, Johor Darul Takzim. Pasukan bola sepak yang mulai mendapat perhatian daripada segenap pelusuk negeri di Malaysia. Banyak kontroversi yang dikaitkan dengan JDT sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati sekolompok masyarakat dalam semua peringkat umur.

JDT mulai dibangunkan oleh Tengku Mahkota Johor yang banyak menerapkan visi dan misi pembangunan bola sepak di negeri Johor. Banyak perubahan yang dilakukan oleh TMJ sehingga JDT digeruni oleh pihak lawan.

Walaubagaimanapun, ramai orang yang terdiri daripada peminat bolasepak dari negeri lain tidak menyukai JDT, ditambah pula dengan provokasi -provokasi liar daripada media-media tidak rasmi daripada internet menambahkan lagi bara api. Apa sebab-sebab yang menjadikan JDT dipandang sinis oleh sekolompok peminat bola sepak? Berikut adalah sebabnya.

1) JDT pasukan baru yang meningkat naik secara mendadak

- JDT ialah sebuah pasukan bolasepak yang mendapat tajaan sendiri oleh kerabat diraja Johor yang mana menamatkan masalah-masalah berkaitan kewangan di dalam pasukan. Dengan suntikan kewangan yang kuat, JDT mampu memperkemaskan semua aspek kelemahan pasukan. Sama seperti Kelantan yang mendapat suntikan semangat oleh Bapa pembangunan bola sepak negeri Kelantan, Tan Sri Anuar Musa, Kelantan juga dikutuk teruk sewaktu kebangkitan yang mendadak selepas dilanda kemurungan di dalam pasukan.

-Adat bagi sesebuah pasukan, yang kuat akan terus dibenci.

2) Kuasa membeli

- Kewangan yang kukuh membuatkan JDT boleh membeli nama-nama besar di luar negara. Secara tidak langsung, mempromosikan nama Malaysia itu sendiri. Nama-nama besar yang pernah dibawa oleh JDT masuk ke dalam liga bolasepak Malaysia ialah David Guiza dan juga Pablo Aimar. JDT juga dikaitkan dengan perpindah Samuel Eto'o daripada Chelsea ke JDT. Ini menjadikan nama JDT dikenali oleh seluruh dunia.

-Walaubagaimanapun, akibat kuasa membeli yang sangat kuat, JDT juga bebas mengambil mana-mana pemain yang berkhidmat di pasukan negeri lain walaupun terikat dengan kontrak. Konsep tebus kontrak yang pernah dibuat mencetuskan api kemarahan di kalangan peminat bola sepak dan menganggapnya bukan sikap yang profesional di dalam sukan bola sepak itu sendiri.

3) Provokasi daripada media

- Banyak media-media tidak rasmi seperti di facebook juga membuatkan kebencian di kalangan peminat pasukan negeri lain bertambah-tambah. Banyak page-page di facebook yang banyak menimbulkan isu di dalam luar dan dalam JDT. Walaupun isu ini pernah berlaku di dalam pasukan lain, tetapi ianya tidak disebarkan secara meluas sepertimana kritikan terhadap JDT.

-Ada juga page daripada peminat johor sendiri yang mencetuskan provokasi dengan cara memprovok pihak lawan menanamkan lagi api kemarahan peminat pasukan lain. Mungkin page-page itu dikendalikan oleh belia-belia yang pendek akalnya sehingga boleh mengutuk pasukan lain dan menyebabkan berlakunya pertengkaran di antara keyboard warrior.

4) Mutu pengadilan yang lemah

- Apabila bercakap mengenai mutu pengadilan, ianya bukan sahaja berkaitan dengan JDT, tetapi semua pasukan negeri yang lain. Mutu pengadilan yang lemah juga membuatkan JDT dipandang sinis oleh masyarakat. Banyak keputusan yang dianggap tidak adil dibuat oleh pengadil membuatkan peminat marah dan sekerasnya mengutuk keputusan. Tetapi, yang lebih teruk apabila perlawanan membabitkan pihak JDT dengan pasukan lawan, sedikit kesalahan yang dilakukan oleh pengadil dan memberi kelebihan kepada pasukan JDT, akan ada kata-kata sinis daripada peminat lain.

-Sama seperti Manchester United yang dikatakan mempunyai pemain yang ke 12 iaitu pengadil 'Howard Webb'. Setiap kali perlawanan Manchester United yang diadili oleh Howard Webb, setiap keputusan yang dibuat oleh Howard Webb akan diragui oleh peminat. Kebenarannya tidak pernah dapat dibuktikan, tetapi itulah peminat.

5) Kelemahan pengurusan FAM

- Kontroversi berkaitan dengan FAM tidak pernah putus dan dipandang sebelah mata oleh pengurusan tertinggi FAM. Walaupun sudah banyak kutukan, kritikan dan komen yang diberikan terhadap pengurusan FAM, tetapi boleh diibaratkan dengan bercakap dengan kayu, tiada sebarang tindakan yang dilakukan bagi menangani kelemahan itu.

-Keputusan FAM yang membenarkan perlawanan JDT dan Terengganu ditangguh juga menyebabkan peminat merasakan keputusan ini tidak adil bagi pasukan lain. Ini membenarkan JDT mendapatkan rehat yang secukupnya, tetapi tidak bagi pasukan lain yang turut bertanding. Hal seperti ini menyebabkan nama JDT diangkat naik dan dijadikan kontroversi walaupun semua keputusan pada tangan FAM. Tidak menjadi satu masalah yang besar untuk JDT memohon menangguhkan perlawanan kerana itu bakal memberi kelebihan kepada mereka untuk memperkemaskan jentera kekuatan pasukan, tetapi yang menjadi masalahnya ialah pihak FAM yang meluluskan tanpa memikirkan kesannya kepada semua pasukan dan peminat.

-Sama seperti kontroversi tiket tempat duduk bagi peminat Terengganu, meletakkan 100% kuasa kepada pengurusan negeri untuk menentukan angka tempat duduk peminat pasukan lawan sepatutnya dikaji balik. Sepatutnya FAM masuk campur dalam isu ini kerana ianya membabitkan peminat bola sepak di Malaysia. PBNJ berhak untuk meletakkan jumlah tiket yang dianggap wajar kerana itulah kelebihan bermain di tempat sendiri.

Apa pendapat dan pandangan anda mengenai isu-isu panas yang berkaitan dengan JDT?
5 Komen untuk "Kenapa ramai orang tidak sukakan JDT?"

so kesimpulan dia, diorang jeles dengan jdt.

Adat lah yang sedang naik namanya dibenci orang...

Klu bukan kuasa duit dan kedudukan siapalak jdt..

Sudah menjadi fitrah manusia yang akan jeles, iri hati, dan tidak senang dgn kejayaan org lain. JDT dilihat tidak prnah bermasalah khususnya yg membabitkan kewangan. Tidak prnah dngar pemain merungut soal gaji. Segala2nya dlm keadaan terbaik. Mana tak jeles? Tak dinafikan sikap segelintir peminat/ penyokong fanatik suka membuat
provokasi. Itu biasalah..budak2 baru nak "up".

Bagi saya..itu lah asam garam dlm bola sepak...xde kontrovesi..hilanglah seni Dan debaran dlm bola sepak....itulah yg menarik dgn jdt....tetapi kontrovesi yg berlebihan juga blh menghancurkan bola sepak itu sendiri..apa pun pendapat saya berkaitan jdt..bermula 2013 hingga hari ini...apa yg dilakukan oleh TMJ...bukanlah semata2...tentang WANG....tanpa perancangan Dan pengurusan yg mengendalikan WANG dgn betol....blh menjatuhkan sesebuah pasukan itu sendiri....integriti memainkan pranan penting...saya ingin membuat perbandingan semasa syafiq Rahim lebih dikenali SR8...berada di JDT....SR8...antara jentera tengah yg paling kosinsten...Dan SR8..juga pernah merangkul pemain terbaik AFC....tapi apa sudah jd apabila dia bermain di Melaka Unite..tenggelam...slh SR8...Ke...ini menjadi tanda tanya....bagi pandangan saya...kejayaan sesebuah pasukan bukan sebab WANG yang banyak...tetapi keseluruhan organisasi sesebuah pasukan memainkan pranan penting...masing2...ada tanggungjawab masing2...akhir kata...WANG itu penting tetapi tanpa kerjasama...tidak akan berjaya.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X