Ahmad Bin Maslan : Menteri Atau Penyeri?

Siapa tidak kenal Ahmad Bin Maslan, Timb. Menteri MITI yang mewakili warga Pontian membela nasib rakyat. Walaupun hebat dan cemerlang di dalam bidang pendidikan, Ahmad Bin Maslan ternyata seorang yang tersangat merendah diri, Ahmad Bin Maslan memilih untuk menjadi seorang pelawak walaupun keputusan cgpa 3.85 mampu membawa Ahmad lebih jauh.

Ahmad Bin Maslan menyerlah di dalam bidang hiburan media sosial. Sangat aktif di dalam media sosial Twitter. Lebih banyak update status berbanding membalas komen peminat peminat setia. Tidak pernah lekang daripada memberikan 100% komitmen dalam penyajian hiburan lawak kepada warga Malaysia yang kehausan lawak. Maharaja Lawak ternyata suram tanpa kehadiran Ahmad Bin Maslan. Diharap pihak Astro mengambil serius di dalam pengambilan peserta untuk musim musim yang mendatang.

Antara punchline Ahmad Bin Maslan yang mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan rakyat Malaysia :

1) GST menurunkan harga barang


2) Nasi goreng campur, timun hiasa tepi TANPA GST


3) CGPA3.85 - Ternyata CGPA bukan penentu bijak pandai graduan


4) Serangan Tun M penyebab ringgit jatuh 


5) 3 Kerja - CGPA tinggi tapi tidak tahu beza antara kerja dan bidang tugas


Ini hanyalah sedikit sebanyak contoh punchline Encik Ahmad Bin Maslan yang ternyata mendapat sambutan yang meriah dari peminatnya. Mungkin ada antara punchline Ahmad yang aku terlepas, sila sharekan bersama di ruangan komen.

Jika dilihat pada pencapaian Ahmad Bin Maslan ketika beliau muda remaja, ini akan membuatkan anda tertanya-tanya, adakah ini orang yang sama. Sedikit sebanyak latar belakang beliau sebelum memilih kerjaya comedian.

SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)


Adakah orang yang sama ? Anda tentukan. 

Bagi yang berminat untuk menjadi salah seorang peminat Encik Ahmad, boleh mengikuti beliau di sesawang Twitter @ahmadmaslan.






2 Komen untuk "Ahmad Bin Maslan : Menteri Atau Penyeri?"

Assalamu alaikum wr.wb.saya ingin mengucapkan banyak terima kasih kepada MBAH LIMPAH atas bantuan MBAH.kini impian saya selama ini sudah jadi kenyataan,dan berkat bantuan MBAH LIMPAH pula yang telah memberikan angka jitu kepada saya 4D SGP.dan alhamdulillah langsung tembus,sekali lagi makasih ya MBAH karna waktu itu saya cuma bermodalkan uang 200 ribu dan akhirnya saya menang,berkat angka ghoib hasil ritual MBAH LIMPAH saya sudah bisa buka usaha,yaitu butic pakaian impor dan toko sembako di depan rumah,kini kehidupan keluarga saya jauh lebih baik dari sebelumnya,bagi saudarah2 penggemar togel ingin menang seperti saya silahkan HUBUNGI MBAH LIMPAH di nomor hp: 085-312-407-999 dan ramalan MBAH memang memiliki ramalan ghoib yang dijamin 100% tembus,karna saya sudah membuktikannya selama 4X putaran menang..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X