Jika Esok Hari Terakhirku

Jika esok hari terakhirku, 

sudah tentulah aku sujud sembah kepada Illahi tanpa menghiraukan realiti


Jika esok hari terakhirku,

maka sejadah ini akan basah dengan tangisan taubat nasuhaku


Jika esok hari terakhirku,

mulut ini akan tidak berhenti walau sesaat mengucapkan zikir kepadaMu


Jika esok hari terakhirku, 

akan ku gapai motosikal burukku, meminta ampun kepada sahabatku


Jika esok hari terakhirku,

ramadhan terakhirku pasti penuh terisi dengan ibadat kepadaMu



Jika esok hari terakhirku, 

tiada lagi cela,umpat,hina,cacian dan kejian dari mulut dan hatiku


Jika esok hari terakhirku,

nafsu batin kan ku kunci demi untuk menghadapiMu


Jika esok hari terakhirku,

mata ini tiada lagi melihat maksiat duniawi, tiada lagi indahnya dewi


Jika esok hari terakhirku,

akan ku balut tubuh badanku dari ditatapi bukan mahramku


Jika esok hari terakhirku, 

tempatkanlah aku di kalangan pejuangmu

----------------------------------------------------------------------------------------------

Tetapi, hanyalah

Jika esok hari terakhirku.



15 Komen untuk "Jika Esok Hari Terakhirku"

tapi hanyalah jika kita tahu esok hari terakhir kita
kalau kita tak tahu,adakah kita akan buat amalan macam kat atas tu?

sungguh mati itu akan dtg pada bila2 msa..tp kita msih leka dgn cubaan dunia..

kita kena ready stiap masa..nyawa kita xtahu dimana akhirnya..mgkin esok mngkin jugak bkn esok..slalula bersedia. insyaallah.

rs cam nk nyanyi lagu ni...
andai ku tahu...
kapan tiba ajalku..
ku akan memohon...

ape lagi ek?

jikaaaa..sume nye hanye angan2 kan :D

huhu..
bla da tau kta akan mti, bru nk tobat..
btuah tuk spe2 y tau nyawanya pndek sbb dia bole bsdia ..

@Encik JI

boleh pulak main sambung2 lirik.haha

siapa th besok hari akhirkan..

salam syawal..nk doodle free jom laa

should be tiap2 hari fikir besok hari terakhir kita as kita tak tahu bila Allah akan ambil balik nyawa yang dia bagi pinjam dekat kita ni. manusia mudah lupa.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X