Adakah Cerita Annabelle Berdasarkan Kisah Benar?

Soal Jawab Mengenai Patung Annabelle, Diolah di dalam pemahaman yang mudah dan ringkas dalam Bahasa Malaysia :


Apakah kaitan antara Annabelle dan The Conjuring?

- Annabelle adalah cerita prequel kepada The Conjuring. Cerita ini tidak fokus kepada mana-mana karakter di dalam cerita The Conjuring, tetapi lebih kepada penceritaan misteri sejarah anak patung di dalam jagaan penyelidik paranormal, Ed dan Lorraine Warren. Cerita ini juga menceritakan bagaimana semangat jahat boleh terperangkap di dalam patung itu dan kenapa anak patung itu diberi nama Annabelle.


Adakah anak patung yang digunakan di dalam cerita The Conjuring dan Annabelle sama dengan patung sebenar?

- Tidak. Anak patung yang sebenar tidak seseram yang digambarkan di dalam cerita dan hanyalah patung Raggedy Ann yang normal. Ianya hanya digunakan untuk menambahkan efek seram di dalam penceritaan.


Adakah benar patung itu diberi oleh John Form kepada isterinya yang sedang mengandung sebagai hadiah?

- Tidak. Watak John dan Mia yang dipaparkan di dalam cerita hanyalah karakter fiksyen semata. Mengikut kajian yang dibuat, patung Annabelle dihadiahkan oleh seorang ibu kepada anaknya, Donna sebagai tanda hadiah meningkat umur 28 yang dibeli olehnya dari sebuah kedai antik. Walaubagaimanapun, filem Annabelle fokus kepada penceritaan sebelum anabelle dibeli dan bagaimana Annabelle itu dirasuk semangat jahat.


Adakah pemilik anak patung sebelum ini pernah diserang oleh pemuja syaitan?

-Tidak. Pemilik anak patung ini iaitu Donna dan Angie tidak pernah diserang oleh pemuja syaitan. Ianya hanyalah jalan cerita yang diadakan untuk menunjukkan yang patung itu dirasuk oleh semangat jahat. Cerita sebenarnya ialah anak patung itu berpura-pura menyamar menjadi seorang anak kecil yang digelar Annabelle Higgin ( Annabelle Higgin meninggal dunia pada usia kecil lagi, bukanlah seorang dewasa seperti yang digambarkan di dalam cerita)

Adakah pemilik sebenar cuba membuang anak patung itu tapi gagal?

- Tidak. Pemilik sebelum ini tidak pernah cuba membuang patung ini. Hal ini kerana pemilik tidak pernah diganggu oleh pemuja syaitan dan aktiviti paranormal tidaklah seteruk yang digambarkan di dalam cerita itu.


Adakah anak patung itu berubah kedudukan dan posisi?

-Menurut Warren, pemilik asal patung itu iaitu Donna pernah melihat anak patung itu tiba-tiba berubah kedudukan. Pada mulanya, perubahan kedudukan anak patung itu tidaklah begitu ketara, masih lagi di atas katil Donna, tempat Donna meletakkan anak patungnya. Tetapi, kemudiannya anak patung itu mulai berubah kedudukan ke dalam bilik lain disusuli pintu bilik yang tiba-tiba tertutup dengan sendirinya. Patung itu juga pernah berubah posisi fizikalnya seperti kaki anak patung itu tiba-tiba bersilang, lengannya bertindih, dan ada satu masa, patung itu dijumpai dalam keadaan berdiri bersandar ke dinding. Anak patung itu juga ditemui melutut di atas kerusi, tetapi apabila Donna cuba untuk membuat anak patung itu melutut, anak patung itu akan jatuh ke bawah.

Sudah berapa lamakah aktiviti paranormal itu berlaku?

- Peristiwa itu sudah berlaku setahun sebelum Ed dan Lorraine mengambil patung itu untuk disimpan.


Adakah anak patung Annabelle itu meninggalkan pesanan?

-Ya.  Menurut Ed dan Lorraine, pemilik asal patung itu, Donna pernah menjumpai sekeping nota yang ditulis menggunakan pensil pada kertas minyak  dan padanya tertulis ' Help Us' dan juga 'Help Lou'. ( Lou ialah tunang kepada Angie, kawan kepada Donna yang tinggal bersama-sama mereka). Menurut Donna, dia tidak pernah menyimpan kertas minyak di dalam apartment mereka.


Adakah benar anak patung Annabelle terdapat darah pada badannya?

- Ya. Donna pernah mengakui yang dia pernah melihat tanda seakan-akan darah pada tapak tangan Annabelle dan 3 titik darah pada dada Annabelle. Sumber darah itu tidak pernah dikenalpasti dari mana datangnya. Berbeza dengan penceritaan filem Annabelle yang memaparkan pemuja syaitan menitikkan darah pada mata Annabelle.


Adakah semangat jahat pada Annabelle pernah membuat dapur terbakar?

-Tidak. Di dalam cerita sebenar, tiada sebarang bukti yang mengaitkan anak patung Annabelle dan dapur terbakar. Bahkan, semua penceritaan di dalam filem Annabelle melibatkan kebakaran adalah fiksyen semata-mata. Dan, pemilik asal Anabelle juga tidak pernah tercedara jarinya ketika menjahit, tidak seperti yang digambarkan di dalam filem.


Adakah watak Evelyn yang dilakonkan oleh Alfre Woodard adalah watak sebenar di dunia realiti?

-Tidak. Evelyn adalah salah seorang rekaan fiksyen yang direka untuk melengkapkan cerita Annabelle. Malahan, tiada seorang pun yang pernah mengorbankan dirinya semata-mata untuk semangat jahat di dalam Annabelle.

Pernahkah anak patung Annabelle mengakibatkan kematian?

-Menurut Ed Warren, dia percaya sekurang-kurangnya seorang pernah terkorban disebabkan Annabelle. Menurut Ed, seorang lelaki pernah datang mencabar Annabelle untuk menunjukkan kekuasaannya. Ed telah menghalau lelaki itu dari muzium itu. Dan selepas 3 jam, lelaki itu dipercayai terbunuh akibat kemalangan motosikal.

Bolehkah saya melihat Annabelle secara realiti?

-Ya. Menurut penutup cerita Annabelle, anak patung itu boleh dilihat secara terus di Muzium Ed dan Lorraine di Monroe, Connecticut. Buat masa sekarang, lawatan ke muzium ini terhad dan hanya boleh disaksikan melalui Warrenology. (Rujuk Warren's untuk info)


Adakah ada cerita lain yang melibatkan patung yang dirasuk semangat jahat?

- Ya, Chucky juga berdasarkan kisah sebenar yang diolah kembali. Watak asal chucky adalah patung Robert The Doll.

Untuk cerita penuh, boleh ke http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/annabelle

1 Komentar untuk "Adakah Cerita Annabelle Berdasarkan Kisah Benar?"

minat gila cerita annabelle and chucky...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X