Keyboard Warrior



Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang hanya tahu mengangguk apabila disuruh.

Istilah keyboard warrior ini sangatlah sesuai bagi manusia-manusia yang 'pungpangpungpang' mengutuk itu ini, tapi walhal, sikapnya yang sebenar berbeza sama sekali.

Dimana hendak cari keyboard warrior? Tak perlu pergi jauh. Lihat sahaja di facebook. Dipenuhi dengan akaun facebook yang palsu semata-mata untuk mengecam tindakan yang dirasakan tidak memuaskan hati si keyboard warrior. Kalau rasa diri itu betul, kenapa perlu bersusah payah buat akaun palsu untuk mengutuk, sedangkan facebook sendiri sudah lama wujud. Sampah.

Dan tak juga kaki nasihat orang di facebook yang sedar tak sedar, perangai penegur berganda teruknya. Ibaratnya si babi menyuruh anjing menyertu kulitnya. Istilah yang lebih sesuai bagi mereka ini ialah MUNAFIK. Tak salah menegur kemungkaran, tapi pada masa yang sama, muhasabah diri sendiri, di mana letaknya anda di dunia ini? Adakah anda lagi mulia daripada mereka yang ditegur.

Kadang-kadang aku pelik dengan perangai manusia yang sikap bermuka-muka. Adakah mereka ini malaikat? Ataupun manusia yang dijulang tinggi oleh Allah? Sebelum menuding 1 jari ke arah orang,lihat 4 jari lagi menuding ke arah kita.

Tak perlu berkopiah untuk menjadi baik. Cukupla pandai melihat perkara yang positif dan cuba perbaiki diri sendri.


0 Komen untuk "Keyboard Warrior"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X