Penerangan mengenai Isu blogpot.com.

Sedang aku melepak-lepak di kala blogwalking, aku ternampak banyak entry di blog-blog kawan bloggers yang bising-bising bercerita perihal blogpot.

Lalu, aku pun cubalah melihat apa sebenarnya blogpot ini. Lalu terkeluar segala bendalah propaganda dakyah kristian di dalam tu. Kerana kurangnya kemahiran berbahasa inggeris ni, aku hampir-hampir terlelap membacanya.

Setelah ditolak,tambah,bahagi dan gandaan dua, di sini aku buat beberapa kesimpulan awal.


1) blogspot.com tiada kena mengena dengan blogpot.com

2) blogpot adalah satu domain yang didaftarkan bagi dakyah kristian semata-mata

3) pemilihan blogpot.com dijadikan domain adalah kerana keberangkalian pengguna blogspot.com yang ramai untuk menaip url yang salah adalah tinggi. Sedikit sebanyak menolong dalam pergerakan dakyah golongan kristian.

4) janganignore.blogpot.com yang ditaip di url address juga akan dilinkkan kepada blogpot.com kerana apa-apa subdomain di bawah domain blogpot.com akan dihubungkan kepada webpage utama. Contoh : selamat.blogpot.com ->blogpot.com, takberapanakselamat.blogpot.com->blogpot.com

5) blogpot.com tidak dapat dilihat melalui pencarian google. Mungkin atas beberapa sebab dalaman yang tidak diketahui

6) blogpot.com juga boleh dimasuki dengan keyword blogpsot.com

7) ranking alexa bagi blogpot.com/blogpsot.com juga tinggi yang menunjukkan trafik ke website itu sentiasa rancak yang menunjukkan sudah berjuta kali orang ramai tersilap taip url blogspot

8) ranking alexa juga menunjukkan yang website ini di dalam senarai ranking blog yang berpusat di india

9) Mengikut salah satu komen dari PEJA , web ini juga boleh dilayari menggunakan w3school.com yang mana domainnya seakan-akan sama dengan w3shools.com

10) dipercayai domain utama bagi website ini ialah berpunca dari http://amazingbible.org yang berpusat di pangkalan data U.S

Secara mudahnya, tiada sebarang kontroversi dalam isu blogpot.com ini dalam hal blogspot mungkin.Ini hanyalah satu taktik penyebaran agama kristian melalui internet yang ternyata bijak kerana mengaitkan penggunaan domain yang seakan-seakan blogspot yang mana digunakan oleh kebanyakan negara.

Kalau dah salah buka blogpot.com tu, betulkan menjadi blogspot.com.  Jangan baca kandungannya. Nasib baik English aku fail.Baca pun tak paham. HAHA





27 Komen untuk "Penerangan mengenai Isu blogpot.com."

cara bijak yahudi ler tu, commonly people akan taip dengan ade sedikit kesalahan kat bahagian blogspot tu. so walau macam mana salah pun tetap akan link kearah website tu. maksudnye? adakah google juga memberikan lampu hijau atas dakyah tersebut? jengjeng

hehehe..lepas ni orang islam kena buat jgak..sebarkan dakyah islam..:)..

huuu..bagus2..satu komen yg pnjang lebar n sgt disokong oleh aku..huhu..nk pnjam entry,bley?nnt sy bg link.kalo xley xpe..=)

@SPEK HITAM


dlam tu dakyah kristian bukan yahudi

saya pun baru online malam ni tengok ramai gila-gila post pasal ni. tak sempat lagi nak jengah. tak pernah pulah tersalah type ke blogpot tu.

pandai org yahudi ni kan. ada je taktik nak sesatkan semua orang Islam. iman kena kuat lah. mereka buat apa pun kita takkan sesat.

yang pasal blogspot dengan blogpot tu susah nak cakap. kena siasat betul-betul. sebab blogspot under google kan? google pun ada sebarkan pasal sokong Israel tu. tahla. saya nak cakap pun tak tahu apa. so, better saya diam sekarang. :D

sebab tue kene berhati-hati.. mmg takde kaitan antara blogspot dan blogpot...sebagai seorang muslim.. kene amik berat hal ini

ermm..
dorng mmg licik..
saye pn x bace..
belaja x abes kan..
mane nak terror english..
muahaha

yg ni mmg aku x pernah amek tau...tpi selamat lagi la, x pernah lagi silap taip and msuk ke situ... :)

Tau takpe,org dah mula pndang lain kat bloggers pasal isu ni. Siot je. -.-"

sama gak cam nie - web asal www.w3schools.com , bila buang s jadi www.w3school.com dia akan direct ke page yang sama seperti blogpot

oh. ad lg webpage lain ek.

nmpknya dorg ni mmg conquer internet skang.

thanks bro for the explaination.

anis ade tengok semalam..ish..pandai kan dorg nak sesatkan org..

Isu mudah, slalu diperbesarkn. Aduhai

haha..biaselah...tp org lau plik cpt melatah...ble da tgk plik xyh bce la....hehe

haha..biaselah...tp org lau plik cpt melatah...ble da tgk plik xyh bce la....hehe

nice explanation..hope tak tersalah tulis blogpot lepas nie..kalau bace website tue memang errrr.. -,-
hukum letak gambar makanan time ramadhan?

Dah lama dah benda ni. Harap semua jangan terpedaya.

dah lama sebenarnya benda tu dh wujud..huhu

@Anonymous

komen aku atas sekali tu tukarkan yahudi pada kafir je la senang. yang penting penyalahgunaan agama disitu bukanlah menjadi point utama gua.

dalam hal ni kita tak boleh nak salahkan depa jugak.
nampak benar yang mereka memang menggunakan strategi dan bijak mencari car yang sampaikan dakwah mereka.

kita pun kena juga bijaksana dan kreatif menjalankan dakwah kita. =)
jangan bebankan pada ostat-ostat atau golongan agama saja.

jom dakwah dengan blog.

huh .. baru bukak tadi .. sangat-sangat bahaya .. kalau orang yang mudah percaya baca .. haish ..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X