Adat orang bercinta, semua nak manja-manja, nak mengada-ngada, menambahkan kemesraan gitu. Yela, bila dah terjebak dalam hubungan percintaan yang suci, indah, wangi, romantik dan macam-macam lagi ini, akan keluarlah satu dozen ayat-ayat cinta terhebat menunjukkan indahnya cinta itu.
Indah sangat ke cinta? Mungkin indah di awal perkenalan, tetapi lama kelamaan, manisnya cinta dah mulai hilang sedikit demi sedikit, dah tawar dari rasa yang sebenar, indah hanya pada sekadar nama. Bagi korang yang pernah bercinta, bermesra, atau mungkin sedang bercinta sekarang, korang mesti biasa sangat dengan ayat-ayat cinta kan. Tak sah bercinta kalau takde ayat.
Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zaman
1) i love you so much - ayat biasa yang digunakan. yang ni tiap-tiap hari boleh dapat dari pasangan masing-masing. Bangun tidur, ilovu, nak tidur, ilovu, nak mandi pun ilovu, lebih-lebih sekarang bulan puasa, nak berbuka, ilovu. Memang dikatakan ayat ini terlalu biasa untuk didapati dari mana-mana pasangan bercinta. Yang lebih kiut, ilysm. Simple dan padat.
2) sayang hubby/mummy tak? - ni pertanyaan yang sering ditanya oleh mana-mana pasangan bercinta. Kebanyakannya dah tahu, tetapi saje nak tanya. Lebih-lebih lagi bila hubungan tu dah lama, dah takde apa nak tanya, tanya jelah benda yang dah tahu. Hubby/mummy ? Papa/mama? Abang/Sayang? Macam-macamlah.
3) Dah makan? - yang ni pun dikira romantik? agak romantiklah, menunjukkan betapa mengambil beratnya pasangan. Yelah, kadang-kadang mak kat rumah tak ambil kisah kita ni dah makan ke tak, harapkan pasangan jelah untuk bertanya. Ini juga lagi contoh ayat harian yang wajib ditanya oleh pasangan samaada lelaki ataupun perempuan
4) I'll not leave you - ni ayat paling tak boleh blah. Dikategorikan sebagai ayat lelaki buaya. Selalunya lelaki yang mengucapkan ayat ni tergolong dalam kategori lelaki romantik nak mampos.Kalau perempuan yang cakap, mungkin betul la kot. Dan untuk pasangan bercinta underage, akal yang singkat, ayat sebegini biasanya akan menjeratnya. Tetapi, cuba lihat berapa lama akan bertahan? Tup tup, bulan depan, i'll not leave you dah bertukar pasangan.
5) Kau bodoh! - ni pun ayat cinta yang selalu boleh dapat dari pasangan bercinta. Kebiasaannya ketika bergaduh. Ketika itu, sayang, abang, buang ketepi kejap, bodoh, bangang, sial yang menggantikannya. Ianya amat popular digunakan ketika berjumpa dengan pasangan baru, atau salah sorang pasangan buat perangai. Tapi, keesokannya, bila semua dah sejuk-sejuk, sayang, abang, papa, mama memenuhi ruang telefon. Alahai cinta.
Kadang-kadang ayat cinta ni buatkan aku rasa, alahai ...
Tiada istilah i love you forever, believe me.
Encik Ji : ayat cinta kepada Allah susahnya nak lekat di bibir
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
Pernah menjadi seorang kanak-kanak yang meminati kartun, sedar tak sedar, di dalam kartun yang pernah ditonton itu, terdapat lagak lucah yan...
-
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan mencapai penghujungnya. Walau mulut masih berbau daging goreng yang dimasak deng...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
26 Komen untuk "Ayat-ayat cinta terhebat sepanjang zaman"
hahaha... SUka2. :)
Like page saya eh. (www.facebook.com/umedianetwork)
Yg no 3 tu mmg btl..
Dah mkn pon nak tye lg.
Agreed! Cinta sekrg macam takde makna apa2 je. Kan. :D
taktau,takdak pengalaman. eh,boleh komen cenggini ka? hahaha
ayt kau bodoh tuh best...
mmg btul ad psgn kalo gadoh kuar pktaan tuh... ak pna dgr ngn tlnga aku sdri hahahahaha
kenapa orang kita kurang romantik kerana berkira sangat...keh3
ku xde pengalaman.. tp kalo tengok tv slalu camni la ayat2 dia..haha
hahaha.. yg ke 5 tue best.. hihih..
err..tibe-tibe rasa macam nak tersadung. tapi number 3 tu jelah yg diaplikasikan selalu. 1 kadang-kadang. yang lain takde.
mmg xde istilah i love u forever tu. hati manusia boleh berubah. cinta kat Allah je yg sepatutnya forever.
cinta pada Allah yang satu, baru cari cinta manusia =)
kalau masa bercinta, ayat nak besttt jek. you are my sugar plum. my heart bagai. dagh clash besokkk, semua ayat maki hamun keluar. manusiaa..
mmg ler.. time bercinta semua manis.. time dah gadoooo.. x hengat da yg manis2... sadis..
malas nk lyan ayat2 cmtu.. haha
tada istilah ayat cinta daa..
mencari cinta yang agung..rasa jauhhhnya nk capai tapi tak mustahil..=p
MANIS tapi sementara :)
agreee!!haha
hahaha,.. saya setuju sgt2 incik ji... err.. nampak kunci moto sy tak kat sini... tumpang lalu...
sya mcam trasa plak yg ayat cinta Allah tu..kadang2 terlalu alpa pada dunia...
tapi yang lima2 kat atas tu alhamdullilah xpernah pakai lg kat sesiapa kecuali kat family je..haha..=)
sya sokong sgt xdak istilah i love u forever. i mean dlm kapel la..coz hbgn 2 xde jminan akn b'kekalan. even kwin pon ada istilah b'cearai. inikan plak b'kapel. konon i'll not leave u. at the end, org yg ckp 2 la tggalkan kta dlu. haha...ska entry ni! :D
'Alahai"..ayat yg paling best =p
bercinta? hehe
wah dah kaji ni..hehe
nice!
err tak biasa lah romantik2 ni. ==,
tajok bes :)
bukan orang yang bercinte je bagi sebahagian ayat2 kat atas tu, but orang yang baru kawan pun same. pada aku normal la bercinta, ayat yang keluar bukan ingat pun, jambu tak jambu. rawk tak rawk bile dah name bercinta mesti indah ayat2 kat atas tu ada la ayat2 cintan2 aku gak. gegege. layannn..... ahaks
terus insaf
hahahaha ...smue nakk tnye ..agak2 berak pon nakk tny btol tak??