Cerita Sebenar di Sebalik The Conjuring


The Conjuring merupakan cerita hebat yang memperkenalkan karakter anak patung Annabelle kepada umum. Soal Jawab The Conjuring yang diolah semula secara ringkas dan mudah di dalam Bahasa Malaysia

Berapa lamakah Perron sekeluarga menetap di rumah ladang di  Rhode Island?

- Keluarga Perron yang sebenar tinggal di Rhode Island kira-kira 10 tahun lamanya. Roger Perron dan isterinya Carolyn membeli rumah itu pada tahun 1970. Tanah seluas 200 ekar itu turut didiami oleh anak-anak perempuan mereka iaitu Andrea, Nancy, Christine, Cynthia dan April. Mereka berpindah pada 1980.


Adakah keluarga Perron dan Lorraine Warren terlibat di dalam pembikinan filem The Conjuring?

-Ya, Lorraine Warren berperanan sebagai konsultan kepada pengarah James Wan. Filem itu juga diadaptasi berdasarkan pengalaman Lorraine Warren dan juga mendiang suaminya, Ed Warren yang bertanggungjawab di dalam kes paranomal yang melibatkan keluarga Perron.

Keluarga Perron turut sama menyokong sama pembikinan filem ini. Selain itu, anak perempuan Perron iaitu Andrea Perron juga telah menerbitkan buku sendiri bertajuk 'House Of Darkness House Of Light' yang menceritakan pengalaman mereka menginap di rumah itu.

Siapa sebenarnya Bathsheba Sherman di dalam The Conjuring?

- Bathsheba Sherman ialah roh yang dipercayai sering mengangu keluarga Perron. Dilahirkan pada tahun 1812 di Rhode Island dan berkahwin dengan Judson Sherman. Batsheba menjadi surirumah dan suaminya bekerja sebagai petani di Rhode Island. Mempunyai seorang anak lelaki bernama Herbert L. Sherman yang dilahirkan pada tahun 1849. Mereka juga dipercayai mempunyai 3 orang anak lain tetapi meninggal sebelum umur 7 tahun. Rekod khusus untuk 3 orang anak mereka tidak dapat dikenalpasti kesahihannya.


Adakah sebarang foto menunjukkan bukti kewujudan Bathsheba Sherman?

-Hanya ada sekeping gambar yang menunjukkan kewujudan Bathsheba Sherman. Gambar itu menunjukkan rumah keluarga Perron menetap pada tahun 1885 yang mana pada dahulunya ialah Arnold Estate.

-Walaubagaimanapun, tiada sebarang bukti menunjukkan yang wanita dimaksudkan di dalam gambar itu ialah Bathsheba melainkan ianya gambar seorang perempuan yang memakai topeng pembedahan yang menambahkan tanda tanya kepada dakwaan sebenar gambar itu. Ada kemungkinan pada masa itu terdapat sebarang sindrom wabak influenza yang memaksa perempuan di dalam gambar memakai topeng pembedahan.

Adakah benar dakwaan yang mana Bathsheba Sherman seorang ahli sihir?

-Tiada bukti yang mengaitkan Bathsheba ialah seorang ahli sihir, cumalah kisah dongeng yang diceritakan dari mulut ke mulut. Dakwaan ini ialah akibat seorang bayi yang mati di bawah jagaannya. Apabila dilakukan pemeriksaan terhadap bayi itu, kematian bayi itu dipercayai akibat jarum yang besar di dalam tengkorak kepala bayi itu. Orang ramai menngesyaki yang perbuatan itu disebabkan Bathsheba mengorbankan bayi itu untuk upacara penyembahan syaitan. Walaubagaimanpun, bathsheba dibebaskan dari tuduhan itu apabila tiada bukti kukuh yang mendakwa dia seorang pengamal sihir.

Bagaimana Bathsheba meninggal dunia?

-Menurut kajian, Bathsheba meninggal dunia disebabkan usia yang sudah lanjut. Dikebumikan pada 25 Mei 1885, 4 tahun selepas kematian suaminya.

Banyak artikel yang mendakwa Bathsheba bertukar menjadi batu selepas meninggal dunia.Walaubagaimana pun, itu semua hanyalah cerita yang diturunkan dan dianggap cerita dongeng yang tiada bukti kukuh.


Dimanakah kubur Bathsheba?

- Lokasi kubur Bathsheba dikatakan terletak di Rhode Island, tempat lahir bathsheba. (Kedudukan kubur Bathsheba di Google Maps)

Kenapa Keluarga Perron mendakwa Bathsheba yang menganggu mereka di Rhode Island?

- Ed dan Lorraine Warren ialah penyelidik paranormal yang bertanggungjawab mengesahkan perihal itu. Hal ini disebabkan Carolyn Perron yang mendakwa merasakan badannya ditindik oleh benda tajam. Dia mengesyaki lebah yang menyengat pada awalnya, tetapi tiada bukti kewujudan lebih di kawasan itu.

Apabila carolyn menceritakan kisah mengenai dongeng Bathsheba kepada Ed dan Lorraine Warren, pasangan penyelidik paranormal itu berpendapat yang Bathsheba telah membawa jarum yang digunakan untuk membunuh bersamanya ketika mati. Jarum itulah yang digunakan untuk mengangu Carolyn.


Adakah rumah yang sama digunakan oleh Keluarga Perron di dalam filem The Conjuring?

- Tidak. Rumah itu dibina di Wilmington, North Carolina yang khusus untuk filem The Conjuring yang berharga 13 million dollar. Ianya bagi menggambarkan rumah di Rhode Island pada waktu kejadian.

Dimanakah rumah yang pernah didiami oleh Keluarga Perron di dunia sebenar?

- Masih lagi wujud di Harrisville, Rhode Island. Rumah itu sekarang didiami oleh Norma Sutcliffe dan Dexter Richardson. Mereka ini tiada kaitan hubungan darah dengan Keluarga Perron.

Adakah agen yang menjual rumah itu memberitahu rumah yang bakal didiami oleh Keluarga Perron itu berhantu?

-Tidak. Tiada sebarang undang-undang di Rhode Island yang mewajibkan kepada penjual rumah untuk menceritakan perihal sejarah mistik kepada bakal pembeli.

Adakah rumah itu masih berhantu?

- Pemilik rumah itu sekarang, Norma Sutcliffe mendakwa pernah diganggu oleh makhluk halus. Antara jenis gangguan ialah pintu rumah tertutup dengan sendirinya, kedengaran orang bercakap di bilik sebelah, bunyi tapak kasut disusuli pintu bilik dibuka dan kerusi suaminya bergegar di bilik. Walaubagaimanapun, dari segi visual, Norma mendakwa hanya sekali pernah melihat cahaya biru yang melintasi bilik tidur mereka dan suaminya menyangkakan itu hanyalah asap. Walaubagaimanapun, Norma seorang yang tidak percayakan hal mistik dan semenjak filem The Conjuring ditayangkan, Norma mula mencari bukti untuk menyangkal semua dakwaan yang mana rumah mereka diami itu berhantu.

Adakah patung yang ditayangkan di hujung filem The Conjuring mempunyai kaitan dengan paranormal?

- Baca di http://janganignore.blogspot.com/2014/10/adakah-cerita-annabelle-berdasarkan.html








Untuk cerita penuh mengenai filem The Conjuring, layari http://www.historyvshollywood.com/reelfaces/conjuring.php


0 Komen untuk "Cerita Sebenar di Sebalik The Conjuring"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X