Punca Manusia Menangis |Koleksi Sebab Munasabab|

Tak kira perempuan mahupun lelaki, mesti pernah menangis. Walau diri tu perogol bersiri, mahupun penyimbah asid yang bangang, mesti pernah mengalami keadaan di mana air mata berbotol-botol mencurah keluar dari mata.

Boleh dikatakan, kalau yang tak menangis tu, bukanlah manusia ataupun mungkin mengalami masalah sakit kelenjar air mata.

Punca manusia menangis ialah

1) lumrah bayi

- dah menjadi lumrah bayi, akan menangis bilamana keluar dari perut ibu. kalo yang tak menangis tu, mungkin ada sedikit masalah kelahiran

2) putus cinta

- bilamana putus cinta ni, akan keluarlah air mata yang masin dari mata. Walau pakai contact lens sekalipun, air mata tetap akan mengalir.


3) tengok movie hindustan

- yang ni tak sah tengok cerita hindustan kalau tak nangis. Mesti ada part-part yang sedih walaupun kadang-kadang cerita yang ditengok tu takde subtitle.

4) dapat keputusan gempak

- yang ni air mata gembira. menangis sebab tak sangka dapat 25A1 spm, dapat anugerah dekan. Yela, berbaloi siang malam belajar sampai keluar air mata mengantok.

5) bersunat

- ni khas untuk lelaki, walaupun hakikatnya perempuan pun turut sama bersunat. sebelum ke klinik, punyalah semangat, bila dah kena cucuk, banjir klinik dengan air mata korang. Aku taklah. HAHA


6) kedai jual topup tutup

- ni pun sama boleh buat manusia menangis. Yela, ingatkan malam ni nak gayut dengan pakwe/makwe, birthday dia, alih-alih topup lak takde. nak pergi 7e, rumah kawasan pedalaman.

7) parut jerawat

- ada parut jerawat pun nangis ke? Dulu waktu kecil-kecil, muka suci putih gebu, bila dah besar, jerawat sebesar penumbuk kat atas hidung. Dah hilang jerawat, parut pulak bersepah-sepah di muka.

8) menguap

- tiap kali menguap, mesti menangis. nak-nak pulak yang tak tido semalaman, memang mata tu dah basah dengan airmata je.


9) kalah main batu seremban

- dulu dekat kampung, dia lah juara batu seremban, sehinggakan kampung sebelah pun dok sibuk cakap pasal hebatnya dia berseremban. tapi, menangis bagai nak rak bila kalah dengan anak jiran sebelah rumah yang baru pertama kali main batu seremban.


10) dengar lagu raya

- tahun ni ingatkan nak balik raya di kampung. tapi bos tak bagi cuti. Company jepun, kerjanya pula dekat australia, memang susahla sikit. Tup-tup, bukak radio internet, Era.Fm , dengar siti menyanyi lagu raya, spek penuh dengan airmata.

22 Komen untuk "Punca Manusia Menangis |Koleksi Sebab Munasabab|"

kalah main batu seremban pon blh jd punca?hehe

kalau terdengar sesuatu yg mengharukan pon boleh nangis tau :)

movie hindustan yg zaman2 shah rukh khan boleh bawak ke nangis,tapi yang sekarang pnya tak best langsung. movie Nur Kasih The Movie memang layan ahh,sedih gilaaaaa. Rasanya aku nangis lebih drpd Tiz Zaqyah,mwahaha.

tu mesti semua sebab diri sendiri kan? :P

aku tak main batu seremban XD

no 9. dengan 6 tak boleh blah.oh,satu lagi,time berak pun kadang boleh menangis.

dpt kputusn gmpak mmg kne nangis hehehehe

kalah main batu seremban? haha. ;p

Kalah batu seremban paling xley blah!
hahahahhah!! =P

Tambahan..gelak sampai nangis pun ada..hehehe

tapi haku putus cinta tak nanges pun..seyes..cane ?

@Cik Ca'ah

btol tu. dh lama xtgk industan. ekeke

@KiD

cne tu kid. time berak pn nangis? hehe. buasir ke

@Nur Intan Syafinaz

gelak smpai trcabut butg baju pn ada cik nur intan. hehe

@yunZ

cane ape ? xnangis xpela. kekeke.

wa pulak menangis sebab wa rase sedih nak pisah dengan mak wa bile nak balik upm nanti ouh~

haha. tgk movie hindustan takleh blah. dah lame tak tengok seh. tapi tak pernah nangis ah. bgenang ade kot. nombor 6,7 dengan 9 tu mmg tak pernah lagilah. lagu raya tu kalau dgr and terbayang mereka yang tiada, peh, tangkap leleh.

haha xpenah nangis pon tgk citer hindustan :D

@.izzati liyana.

bergenang ek? hehe. alahai zati. jgn sdih2. xsyok beraya. jgn dgr lgu raya ye.

@Anas Bin Baharuddin

ahaha. yg ni memang amat pedihla bro. ekekek

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X