Puisi Buatmu Sayang

Puisi buatmu sayang.

Ku titipkan sebuah nama, 
untuk mu yang bernama cinta,
andainya hidup tanpa duka, 
apalah makna cinta di dalam jiwa.

Mencari-cari sang dewi,
ku jumpa beruk yang meratapi,
mencari-cari sesuap nasi, 
lalu ku sepak hingga mati.

Permainan hati permainan hati,
di medan cinta kita menyanyi,
ku angkat ku julang sampai mati,
untuk mencapai kasih abadi.



Jangan ditangisi kepada yang tak sudi,
sedangkan yang ribut masih lagi menanti,
apalah salah bertukar hati,
jika itu yang terbaik buat dirimu mimpi.

Oh wanita, Oh pemudi,
di hari mulia aku menasihati,
agar kau ingat satu hari nanti,
akanku datang membawa bukti,
yang aku mampu untuk berdiri,
walau dirimu tanpa di sisi.

Jika dulu permata hati, 
hari ini tidak sama sekali,
permati hati permata budi,
puiii kau pergi mati.

Kerana hati, badan menderita,
kerana badan, hati terseksa.

Puisi sampah ini aku buat dalam masa 5 minit, HEHE. Tanpa berfikir, puisi ini aku publish tanpa segan lagi malu. Buatmu perempuan, kerana dirimu begitu berharga.

Encik Ji : hati berbunga-bunga

5 Komen untuk "Puisi Buatmu Sayang"

Semua yang bercinta bisa jadi pemuisi segera ;)

layan. nice. apakah ini cetusan dari permainan wanita? hehe. bro, upm ka?

dah kenapa encik ji berpuisi puisi pulak ni. haha.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X