Kerabat Diraja Mulai Dipertikai?

Isu kerabat Diraja mulai dipertingkai oleh sesetengah pihak.

Isu yang berkaitan dengan kerabat diraja mulai mendapat tempat di kalangan rakyat. Kewibawaan raja mulai dipertikai dan dipandang serius oleh masyarakat. Mereka mulai berfikir dan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang usul dalaman kerabat diraja.

Dari segi positifnya, ada kebaikannya . Jika institusi Diraja tidak boleh disentuh, dimanakah keadilan bagi rakyat di Malaysia? Apakah disebabkan gelaran raja yang dipegang itu menyebabkan darjat manusia sama sekali berbeza. Mungkin pada luarannya, raja adalah seseorang yang dipandang tinggi oleh rakyat, tetapi di sisi Allah, kita tetap hambanya yang hina. Jika ada yang salah, hendaklah ditegur, masing-masing menjaga antara satu sama lain. Tiada lebih, tiada kurangnya.

Dari segi negatifnya, banyak pula timbul cerita-cerita fitnah yang berkaitan dengan institusi Diraja. Benda yang tak pernah ada direka-reka bagi membangkitkan semangat amarah di kalangan rakyat. Fitnah seperti ini akan mencetuskan ketidakpuasan hati kepada rakyat dan akan menyebabkan berlakunya perpecahan di kalangan rakyat. Sebab itu perlunya satu badan khas yang bertujuan menyiasat institusi Diraja, bukannya dari pada sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai.

Jika korang baca pada muka akhbar, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau nama glamornya Uncle Seekers dikecam oleh beberapa orang individu mengatakan yang mana Uncle seekers telah membuat provokasi di blognya ( http://uncleseekers.blogspot.com ) mengenai perihal Sultan Johor. Pada asasnya , aku cukup respek kepada Uncle seekers kerana berani mengeluarkan kenyataan yang komen mengenai institusi Diraja secara terang-terangan, bukan secara sembunyi. Tetapi harapnya apa yang dikhabarkan itu adalah kebenaran, bukan hanya andaian.



Jadi, pada pandangan aku, Kerabat Diraja perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada rakyatnya. Secara jujurnya, aku memandang tinggi kepada institusi Diraja kerana membantu perihal kebajikan bangsa. Tetapi, bersikaplah jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugas kerana Raja merupakan seorang pemimpin, bukannya sekadar pemerintah.

Encik Ji : Daulat Tuanku. Allah Akhbar. ( Hormati Sultan Kelantan yang memberi gambaran yang baik kepada institusi Diraja dan disayangi oleh  semua rakyatnya )


5 Komen untuk "Kerabat Diraja Mulai Dipertikai?"

umat islam x perlukan institusi raja dan institusi politik yg x terapkan hukum Allah

pelik la kekadang . time zaman pemerintahan nabi takde pulak macam gini . raje lagi terhormat ka? -_-'

Raja juga mnusia biasa, sm spt kita. Diciptakan juga oleh Allah SWT . Sbnrnya stiap individu itu sndiri perlu la pndai mnilai mna baik n buruknya. X perlu nak agungkan ssiapa pn yg slain dpd-Nya. Dia sajalah yg maha Agung . WaAllahua'lam.

aku lagi suka sultan melaka... daulat tuanku sultan melaka

sultan ni pegang tanggungjawab besar. akan dipersoalkan nanti di akhirat. setiap pemimpin pun sama. haruslah menjalankan tugas dengan amanah dan jujur.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X