Seorang artis yang mengalun-alunkan nyanyian yang melalaikan, mengajak manusia ke arah kehinaan, disanjung oleh peminat-peminatnya. Simptom kebodohan melampau yang menggangu minda manusia sekarang sudah tidak dapat dibendung.
Apakah yang ada pada seseorang artis hingga diagung-agungkan oleh para peminat, adakah kerana perwatakannya yang mengajak kita lebih mendekatkan diri kepada Allah? Adakah dengan muzik cinta dapat menginsafkan kita. Adakah ia mengajak kita untuk mengingati Allah?
Sehinggakan poster-poster artis ditampal memenuhi ruang bilik. Setiap kali sejadah dijunjung untuk beribadah, muka-muka artis terpampang di mana-mana. Tidak cukup dengan itu, gambar artis dijadikan wallpaper laptop mahupun screen saver. Tanpa kita sedar, kita telah menjadikan seseorang artis itu seorang yang agung di mat hati kita.
Setiap kali diadakan konsert, kita yang akan menjadi penontonnya. Secara langsung mahupun tidak langsung. Bersorak-sorak mengalahkan lelaki gila talak. Berebut-rebut untuk mendapatkan autograf si artis lalu dibangga-banggakan kepada kawan-kawan yang lain. Hebat sangat kah manusia bergelar artis?
Jika orang seperti itu yang kita bangga-banggakan, tahap pemikiran kita sememangnya paling rendah. Ibaratnya kita menyokong perbuatan mereka yang melalaikan itu.
Encik Ji : tak pernah pergi konsert
6 Komen untuk "Layakkah artis dijadikan idola?"
Nabi Muhammad s.a.w..merupakan idola pertama...
xpayah nk idol2 artis ni. org biasa jgk. idol sgt, tu yg buruk pn kita nk ikut. hm.
sokong souuurrr =)
sokong.. nice entry..
Laman Sosial Baru ( GOOGLE+ )
artis? tak perlu.
kita dah ada role model sepanjang zaman, Rasulullah S.A.W
Pd pndgn saya, yg baik, blhlah kita ambil. Yg mana kita rs xperlu, buanglah. P'ingatan unt diri saya juga.:)