Dasar Maling!

Dasar Maling! Aku pun tak tahu apa benda la maling-maling ni. Bila dah google, barulah tahu Maling tu pencuri atau dalam bahasa Englishnya thief.

Ahh, menggelabah apa lah warga-warga Indon.

Aku cukup tak faham apa lah yang cuba dipertahankan oleh rakyat Indonesia. Kebudayaan mendelah yang dorang dok bising-bising. Aku memang bab-bab sejarah melayu ni fail sikit, tapi kalau diikutkan secara logik, tak kan sebab kebudayaan pun nak gaduh-gaduh macam orang bodoh?

Aku tak pernah kisah dengan kebudayaan la. Dangdut-dangdut itu semua kebudayaan ke? Itu indon punya ke? Ambikla. Tak hingin dengar pun dan tak pernah nak layan. Yang aku tahu itu tarian nafsu, tarian tak style langsung. Ambikla tarian itu, simpan dalam poket, dok diam-diam.

Aku sangat tertarik dengan komen-komen indon kat page-page di facebook. Pantang komen je, mesti nak komen pasal Maling. Apa sangatlah pada kebudayaan kalau benda-benda macam tu boleh jadikan kita warga Islam bergaduh. Pergi mampuslah dengan kebudayaan. Aku tak fahamla!


Yang Malaysia pun satu hal. Nak sangat pelihara budaya. Memanglah budaya itu melambangkan identiti kita, tapi penting sangat ke kebudayaan itu jika kita sampai gaduh-gaduh dengan negara jiran kita? Kadang-kadang aku tak faham mentaliti manusia, nak sangat benda-benda yang mengarut, sedangkan benda tu semua dunia, tak boleh bawa masuk kubur.

Rendang pun ko nak bising-bising jugak ke ? Adoi. Apa yang ada pada makanan tu sampai benda tu pun nak copyright? Dah habis makan, berak keluar balik. Macamnilah, kalau nak sangat rendang tu, ko ambikla, makan puas-puas, aku makan burger je. Eh, ke burger itu makanan kat sana jugak? Ok lah, aku makan tanah jela macamtu. ( Kelakar gila gaduh pasal rendang )

Cukuplah nak bergaduh benda-benda macamni. Rimas gila aku tengok. Dah macam budak-budak berebut lolipop. Selesaikan lah isu-isu busuk macamni secara aman damai. Semua dah tua bangka, boleh fikir.

Encik Ji : Ramai kawan Indonesia, semuanya ok aja. Tak enaklah sebab rendang pun nak gaduh. Menggelabah ko dengan maling-maling.
8 Komen untuk "Dasar Maling!"

haha part rendang tu kelakar . pernah laa jgk dgr depa gaduh2 tp tk amek port sngt . hehe

Menda ni jadi kes sebab kita kata tarian tu Malaysia punya.
Cuba cakap Melayu punya, baru betul. Sebab Kepulauan Melayu merata, bukan setakat Indon n Malaysia je.
Tarian pon nak berebut, tak paham gak aku.

ish5. ape la nk jd. sedpnye rendang~~

Nak buat macam mana, masing-masing nak pertahankan hak. Hoho. Layankan je la.

rasanya mungkin media disana yang salah bg maklumat,air bandung jgn maling2 jugak.

oh, ada kes gaduh ke? tak tahu pun. btw, org indon memang. sikit-sikit maling. tah pape.

org indon kat sane tu haa yg xsuke ngan malaysia.. pasai pa ntah.. padahal ramai je rakyat die kat sini yg cari rezeki..

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini HANDAYANI seorang TKW dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SYHE MAULANA yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pembantu rumah tanggah di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih kepada AKI SYHE MAULANA dan tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI MAULANA saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKW, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI MAULANA adalah guru spiritual terkenal di indonesia. jika anda ingin seperti saya silahkan kunjungi situs/website AKI MAULANA ~>KLIK DISINI<~  yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X