Dilema nafsu : Antara Dua

Ini bukan cerita rakyat, mahupun cerita hantu, ini adalah kisah benar mengenai hal ehwal manusia berdasarkan pengalaman sendiri.

Dilema nafsu, yang menjadi persoalan antara dua perkara dalam hidup.

Antara solat dan aktiviti harian.

Solat yang merupakan perkara wajib dalam kehidupan seringkali disisihkan. Berapa ramai yang sanggup bergegas untuk solat setiap kali kedengaran azan? Berbanding dengan berapa ramai yang bergegas ke mall apabila terdapat sale sehingga 70% di mall-mall berdekatan? Berbanding dengan berapa ramai yang bergegas ke  GSC membeli tiket apabila satu-satu movie baru keluar kerana takut ketinggalan.

Hakikatnya,solat seringkali dianak tirikan. Perkara keduniaan seringkali mengatasi solat. Melengah-lengahkan solat sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan hari ini.

Dalam kehidupan seorang bloggers, berapa kali korang bermonolog " kejap lagi aku solatla, nak siapkan entry ni kejap ". Perkara ini pernah terjadi kepada aku dulu. Yela, budak baru nak up, baru nak mula berblog. Nak bagi komitmen lah konon.

" Blogwalking dulu kejap, pastu baru nak solat ". Selalunya blogwalking mengambil masa yang agak lama. Jadi, di mana letaknya ruang untuk solat? Mungkin di kala azan asar mendahului zohor, kita masih lagi berblogwalking.

Itu hanyalah satu pandangan dari sudut kecil. Jika dilihat secara terang dan universal, maka boleh dikatakan kebanyakannya manusia akan memilih perkara keduniaan berbanding dengan ukhrawi.

Secara mudahnya, marilah sama-sama baiki apa kelemahan yang ada pada diri di bulan ramadhan ini. Apa yang diubah pada hari ini diteruskan pada esok hari. Harapnya akan menjadi tabiat diri. Disiplinkan waktu solat.

Encik Ji : setan dah takde



14 Komen untuk "Dilema nafsu : Antara Dua"

solat itu tiang agama.
tinggal solat, goyahlah imannya, habislah agamanya.
nice entri :)

itulah penyakit alWahan..cintakan dunia, lupakan akhirat..

betul tu en.JI.. nice entri.. kita tak ingat kita kat sini kejap jer..

kalau bukan kita yang nak disiplinkn dr sndiri siape lagi kan.

Setan dah tak ada...
Nafsu besar musuh utama bulan puasa.. :)

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

nafsu yang tak baik ni paling susah nak lawan dalam diri. semoga masing-masing dapat memperbaiki diri. benda tu semua kat dunia je. solat tu yang nak bawak ke akhirat nanti.

btw, saya tak pergi shopping complex bile sales sebab ramai orang dan saya tak pergi cinema bila movie keluar. sy bkn kaki wayang and tak suka tengok pun. :D

setan dah takdak , tapi nafsumasih bermaharaja lela ..

hee..nie kalo cikgu BM dulu cek,dia akan cakap "arangan yg bgus,bhasa yg betul " idea yg bernas :)
nsa suka ! erm,rmai lebih pikrkan hal dunia bbnding akhirat -.-'

kerana dunia itu nikmat, seronok..jadi kita lupa..err bukan lupa la..ambil mudah hal akhirat ni walaupun kita sendiri tau bahawa dunia itu sementara dan akhirat itu kekal..kenapa boleh macam tu yer??

bg cikin mgkn sebab kita yakin bahawa diri kita masih bernafas pada hari esok..so sempat lagi nak bertaubat/berubah..tol tak??

cuba kalo diputuskan bhw esok kiamat..sure semua berubah 100%.=D

sori lah panjang lak komen nih..hik3

<3 gambar tu... ^__^
ramai yang slalu amek ringan..

manusia skrg .. time bulan puasa buat baik.. dekat facebook tu post ayat hikmah mcm2 , tapi perangai lepas habis puasa tetap hampeh.. kalahkan setan lagi.. :)

betul, utamakan yang mana lebih penting dulu =)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X