Kisah Mat Bunga Online .
Ini cerita benar berdasarkan pemerhatian terdekat member-member yang boleh dikategorikan sebagai Mat Bunga Online.
Mat Bunga Online ini adalah nama gelaran yang diberikan kepada Playboy Online yang meluluhkan hati anak-anak gadis sunti di ruang-ruang ceruk internet, tetapi pada dasarnya, hanyalah seekor orang yang pemalu. Ayatnya cukup power bila di dalam internet, tetapi bila berhadapan muka ke muka, tengok pun taknak.
Kadang2 kat dunia internet, kaulah jaguh, awek dari setiap rantau berjaya kau cairkan, bak kata orang muda-muda, kau lah no 1,kau lah terbaik. Ayat-ayat bahasa melayu tinggi gred A dikarang khas bagi menambat hati awek-awek yang berpeleseran di dalam ruang-ruang chatroom. Jika dahulu adanya friendstermyspace, sekarang facebooktwitter dijadikan tempat nada cinta.
Kadang2, aku sebagai member pun segan bila berhadapan dengan kau. Kat internet, kau lah raja, tapi kat depan aku, aku tegur pun nak taknak je jawab, oh mungkin sebab aku lelaki, kau bukanlah dalam kategori yang sukakan lelaki sepertimana geng-geng sukakan belakang.
Tapi , yang menghairankan aku, kau tak pernah pun keluar berdating sepertimana playboy2 malaya yang lain, tiap2 hari duit ptptn dorang dihabiskan untuk menyuap sekurang2nya KFC kepada awek-awek yang laparkan kasih sayang. Dunia kau hanyalah bermain Dota dengan member-member yang lain, adakah mereka juga Mat Bunga Online sebagaimana kau? Ahh, aku jeles. Kenapa aku tidak pandai bermain Dota, jika tidak, sudah pasti aku mampu menjadi sebahagian daripada geng Mat Bunga Online.
Sesungguhnya, aku sangat hormat dengan kau Mat Bunga Online. Sememangnya kau hebat, izinkan aku mengucapkan selamat maju jaya kepada kau dalam meniti kehidupan yang dipenuhi bunga-bunga cinta setiap hari.
Kebun Bunga di internet, Tanah Kubur di realiti.
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
JDT, Johor Darul Takzim. Pasukan bola sepak yang mulai mendapat perhatian daripada segenap pelusuk negeri di Malaysia. Banyak kontroversi...
-
Tugas sebagai seorang guru sangat mencabar. Di samping perlu menangani perangai kanak-kanak yang pelbagai ragam, juga perlu menahan perut da...
-
Mengikut pemerhatian dalam jangka masa panjang, rata-rata pemilik facebook suka sangat-sangat meluahkan perasaan hingga menyebab jiran-jiran...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
5 Komen untuk "Mat Bunga Online"
wAH....Sarcastic!! ahahaha
kahkahkah!
muahaha...sbb tu ah aku xpnah pcaye pon kat mat2 jiwang tah pape ni..teeeeeeeeeeeeet..haha
peh terasa Aku... hahahahaha
hehehe...berselindung disebalik tabir internet