Semuanya Salah Polis!

Segala penceritaan adalah benar, dan tiada yang benar melainkan perkara yang benar-benar belaka.

Polis salah. Cerita ini mulai timbul di era ini apabila ramai mendakwa polis tidak menjalankan tugas setulusnya. Polis hanya tahu menggunkan kuasanya untuk diri sendiri. Polis hanya menjadi boneka kerajaan semata-mata. Semuanya salah polis. Yang negatif semua polis, yang positif tu korang. HAHA

Apa korang ingat polis ni malaikat, suci bersih , harum semerbak, tak boleh tidur, jalankan tanggungjawab seamanahnya tanpa makan dan minum. Satu je korang kena tau, polis ini adalah manusia, sama macam kita. Salah dan silap itu dah jadi sebahagian dalam hidup, sebab korang pun tau kan, manusia tu tak sempurna. Lainlah kalau korang sempurna.



Kalau nak bercakap pasal ketelusan, sekarang jugak polis boleh saman korang. Korang tak pernah langgar kesalahan jalan raya? Korang pergi mana-mana pakai helmet? Korang pakai seatbelt setiap masa naik kereta? HAHA. Pastu salahkan polis sebab rasuah, kadang2 korang dulu yang nak hulur, siapa yang salah? Dua-dua yang salah.

Kaum Cina menyambut raya sampai pagi-pagi buta hingga menggangu tetangga. Itu pun korang salahkan polis. "Mercun diharamkan, kenapa polis tak tangkap, makan gaji buta kah?". Ok, kita tengok, setiap kali raya, semua orang yang main mercun kat kampung naik van polis. Jawabnya tak beraya lah. Itu yang korang nak? HAHA. Bolehlah diusulkan kat pak-pak menteri kalau itu pilihan kita.

Jangan sebab satu perkara kecil, semua jasa yang orang buat kita butakan mata, pekakkan telinga.
6 Komen untuk "Semuanya Salah Polis!"

fikiran positif, dan skop yang luas :D

yes,, mmg ada ja polis busuk,, n tak busuk,, akalu aku kena saman,, aaaa,,"nak buat gena,, tu keja dia,, kang kena soal akhirat lak"

tapi,, kes polis buat kemas,, opss,, yg tu sori,, kalau yg tu cari pasai,, bedai tak kira uniform ka apa..

well,, teruskan menulis yaa :)

da sendiri buat salah terima je la...jgn nak salahkan pihak lain kan...hee~

tidak, aku sanjung polis..kalau takde polis susahlah aku nak pulang ke kampung beraya, rumah tinggal seminggu

polis cume jln kan amanah.kalau x de polis x aman negara.yes mmg ade polis yg x jujur.tp x semua.bersyukur lah sbb negara ade polis-polis ni.terima kaseh polis :)

betul-2 setuju. ibu sy polis, kdg-2 malam raye/perayaan tak dew kat umah. keje and meronda :(

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X