Lelaki dan Cinta serta Nafsu

Orang perempuan kata, lelaki ini bercinta nak 'benda' tu je. Pantang bagi muka, gelojoh. HAHA. Kalau tak bagi, buat muka bodoh, merajuk. Kalau dah bagi sekali, lagi bertambah miang, mesti nak lagi. Tak cukup dengan sekali, 8kali dimintanya. Alahai lelaki. 

Betul ke lelaki ni faham apa itu cinta? Atau cinta ni bagi mereka ( aku dan lain-lain lelaki ) hanyalah nafsu. Dapat pegang itu cinta, dapat geli-geli itu cinta, dapat main itu cinta. Kalau tak dapat penuhi benda-benda itu, maknanya bukanlah cinta. Macamtu ke? Alahai lelaki.

Cinta lelaki itu tidak sedalam cinta perempuan. Cinta si perempuan terhadap pasangannya lebih dari segalanya. Sebab itu banyak kes lahir bayi, buang bayi, campak bayi, dah macam sampah dah. Kalau perempuan tak sayang si lelaki, takdelah dibaginya 'benda' tu. Tapi, cinta lelaki hanyalah sebelum si perempuan mengandung, bila dah mengandung, haram nak bertanggungjawab. Alahai lelaki.


Tetapi, jangan lupa, bukan semua lelaki perlukan 'benda' itu untuk mencintai. Ada je lelaki yang boleh hidup tanpa disuap, dibelai dengan bendalah tu. Jangan dilayan lelaki yang meminta2, takde kredit minta, takde duit minta, takde kasih sayang minta. Itu bukan lelaki. Itu si celaka.

Lelaki yang memujuk rayu meminta si perempuan menggadai maruah itu ialah si bacul. Tak boleh dibuat kawan, apatah lagi suami. Jika pasangan yang perempuan ada sekarang ini seperti tu, minta ditinggalkan, kerana itu bukan kasih sayang, itu hanyalah sandiwara si lelaki, hanyalah permainan syaitan. Lelaki itu bangang, tetapi perempuan lagi bangang kerana percaya dengan si bacul.

Cinta yang benar-benar suci ialah apabila si lelaki sedaya upaya memelihara si perempuan daripada melakukan kesalahan. Jika salah, ditegurnya. Jika betul, disokongnya. Tiada istilah kiss, hug, 'benda', dalam percintaan. Ingatlah, azab akhirat yang menanti. 

Kejarlah cinta yang halal. Elakkan cinta buta, yang boleh membutakan hati, menggelapkan jiwa.
10 Komen untuk "Lelaki dan Cinta serta Nafsu"

Cinta itu tak pernah wujud pun sebenarnya.

Cik Mendezz suka entry ini..
Bukan mahu mengeluh..tapi kebanyakan lelaki sekarang mmg begitu..
sgt xmalu meminta2 pada perempuan..

Insya Allah masih ada lelaki yang mulia :)

moga ada lelaki yang baik untuk ca'ah. amin :)

Cinta hanya pada ALLAH & RASUL saja.
Sayang pada suami.
Taat pada ibu bapa..

betul dik.. akak sokong... sebab tu kita kena berhati2 memilih yang terbaik untuk kita, bukan gelojoh menerima apa aja yg disogokkan... menyesal nanti

ya..btol 2..seeloknya bernikah dulu baru bercinta..baru bleh pegang mcm2..ha2..sudi2 singgah blog sy..post berkaitan konflik remaja,hormon cinta buta

Sye sokong tapi? Kalau dh nk bertung!! Tiba2 dia dtg manja dia dia mitak benda tu ...ape patut bagi ke...?

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X