Gaysec kantoi.

Berhubung dengan artikel sebelum ini (Lihat Sini) , yang mana isu mengaitkan Arlene Tan dengan Makcik Hajjah-Sitt-Al-Wuzara ternyata sememangnya kesilapan dari pihak gaysec.

Terbaru dari Gaysec, yang memohon maaf melalui laman sosial facebook gaysec dan juga web rasmi gaysec (Lihat Sini).

Kenyataan terbaru ini sedikit sebanyak menyebabkan ada di antara penyokong gaysec yang marah dan mengecam tindakan gaysec yang mengeluarkan kenyataan yang tidak berasaskan bukti kukuh.

Konsep doxing yang digunakan oleh gaysec ternyata tidak berjaya mencari dalang sebenar di sebalik topeng muka Hajjah-Sitt-Al-Wuzara. Tetapi, isu mengeluarkan kenyataan berbau fitnah perlu diambil berat oleh semua. Ternyata, Arlene Tan terpaksa menanggung malu dalam isu ini.

Seharusnya, selepas ini, gaysec perlu lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan kerana mereka adalah diantara hacker yang dikenali ramai dari saluran internet. Apa yang keluar dari mulut mereka akan diikuti oleh semua mata.

Jadi, siapakah dalang sebenar di sebalik si Makcik ini? Aku harap satu hari nanti, akan ada pendedahan yang lebih berfakta dan bukti yang lebih terang dari mana-mana aktivis pejuang Islam.



13 Komen untuk "Gaysec kantoi."

mujur takdak orang apa2kan arlene tan tu pasal benda ni. kalau jadi apa2,kang sapa nak tanggung?

mm~~
kesian jugak dekat arlene ni.
hrp2 pihak gaysec ni cpt2 la dpt bongkarkan isu mak cik ni.

pengajaran kpd yg lain jugak... jika nak tuduh kena la ada bukti kukuh

kesian Arlene Tan tu. tak pasal-pasal kena maki.

gaysec kena lebih berhati-hati. jangan keluarkan kenyataan kalau tak sure. blogger pun mcm tu gak. seb bek tak disaman semua yang sebarkan pasal Arlene Tan ni.

dengar kata makcik tu dpt perlindungan dpd NGO supaya dia tak terkantoi..

>.<

kesian..sah2 makcik ni akan maki lagi islam sbb hacker gaysec pn org islam..nnti akan dikata org islam ni suka tuduh2 la..

aiseh mcm2

makcik mesti tepuk meja kuat2 smbil terbahak2 ketawa.

kita pun kena hati2 jgk lps ni kalo keluarkan sebarang statement huhu

yang penting gaysec dah mintak maaf..lepas nie kene berhati2..

loh...silap orang la ni...kes berat dah ni.satu mesia dah tau kot.huhu...berat2...

kesian kat Arlene Tan tu..tak pasal2 je kene tuduh mcm2..blogger pun ramai gak yang posting pasal hl ni kan..kesian2

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X