Edisi Spam di Facebook datang kembali.

Cerita di facebook lagi.

Ini bukan spam yang korang klik, pastu keluar beriban-riban iklan di page korang. Ini spam yang korang sendiri taip/copy/ di wall-wall korang.

Aku pun tak fahamla camane ada yang boleh terpengaruh mesej berantai ni, dari mula aku ada email sampailah sekarang, tak habis-habis lagi musimnya.

Sekarang ni, ada cerita lama yang dibarukan.

"PERHATIAN !! jangan join group yang bertajuk"Menjadi Bapa atau Ibu adalah hadiah terbesar dalam hidup saya" Ia adalah satu kumpulan Pedophiles yang cuba untuk mengakses foto anda dan anak anda untuk kes penculikan. Sila salin dan post! Mari kita menjaga keselamatan anak-anak kita. Ini adalah sumber dari FOX NEWS pada 5hb(Sila ambil beberapa saat untuk copy & paste)"

Mesej ini menggunakan nama foxnews sebagai sumber kononnya. Manusia bila dah nampak ada sumber yang boleh dipercayai, tak tunggu lama untuk menyebarkannya. Sedangkan hakikatnya , mesej ini teramatlah tidak lengkap jika dilihat. Kenapa?

1) 5hb tidak dinyatakan tahun dan bulan. Agak-agak kenapa? 

2) Foxnews ialah salah satu channel berita di luar negara. Kenapa adanya versi melayu disini.

3) korang tahu ke apa itu pedophiles?

Ini adalah salah satu spam berbentuk prank yang bermula dari luar negara. Kenapa bila sampai di facebook malaysia, ada pula versi melayunya? 

Janganlah mudah menyebarkan spam tak berapa nak pandai seperti ni. HEHE. Takkanlah korang yang dah lama kenal komputer boleh percaya benda-benda ni. 

Aku rasa berlambak-lambak lagi spam yang korang boleh baca tiap kali musimnya. Cuma tunggu je. 



9 Komen untuk "Edisi Spam di Facebook datang kembali."

ok. Nice info encik JI. :)

sebenarnya banyak je lagi, cuma tak ditunjuk depan mata kita je..

pedophile tu bkn ke org yg gilakan kanak2 ke cmne ntah maksud dia. huhuhu

kadang2 naik juling baca mesej berantai ni..nyampah.=p

saya tak pernah lagi lah nak sebar-sebarkan ni. sebab tak tahu kesahihan sesuatu info tuh. plus saya tak suka message-message berantai macam ni.

i know pedophiles. haha. dah belajar kat uni. mcm cik ca'ah ckp tu. die mental sikit lah and membahayakan.

baru aku tau pasal grop tu tak sangka wujud jugak kat mesia bnda2 cmtu

kadang2 perasan gak tapi bo layan...err

aku mmg xpenah nak copy paste bnda ngarot ni. seriously, nonsense

ha....mende ni pun bnyak berlaku kat aku gak ni...tpi skang ni da kurang.masing2 pun da bosan kot ngan mende ni...kalau x ade je mende2 pelik mcm ni kat fb.tu yg aku pasan la...

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X