Hinakah bergelar OKU?
Secara realitinya, kehidupan OKU berkali ganda lebih susah daripada orang normal. Berapa ramai OKU yang mampu berdiri sama tinggi dengan pemimpin besar negara? Berapa ramai OKU yang mampu naik kereta mewah dan dipandang tinggi oleh masyarakat? Mungkin satu dalam sejuta.
Bahkan, OKU seringkali dipandang jijik oleh mata-mata manusia yang tidak pernah tahu erti bersyukur. Adakah duduk di tepi-tepi jalan, bermain alat muzik, bertemankan botol plastik bagi meraih simpati manusia itu dikira jijik? Pernah ke mereka paksa korang untuk bersedekah.
Sekurang-kurangnya, mereka ada inisiatif untuk mendapatkan duit, untuk menyara anak-anak. Berbanding korang yang hanya tahu mencaci dan mengeji.
Bagaimana pula dengan nasib OKU yang tidak punya bakat? Yang hanya tahu meminta sedekah. Adakah salah mereka untuk meminta sedekah jika pemimpin sendiri tidak pernah turun padang beri bantuan. Hak yang sepatutnya mereka dapat tidak pernah sampai ke tangan.
Peluang untuk OKU mendapat tempat dalam pekerjaan yang kukuh teramatlah rendah. Berapa ramai majikan yang sanggup terima pekerja OKU walaupun kadang-kadang, IQ golongan OKU ini ternyata lebih tinggi berbanding orang normal. Jadi, di mana tempat OKU untuk bertapak? Di mana kata-kata manis yang kononnya taraf OKU adalah sama dengan rakyat biasa.
Hinakah bergelar OKU?
4 Komen untuk "Hinakah bergelar OKU?"
tidak. ciptaan Allah. ada hikmahnya.
maybe majikan rasa mereka akan menyusahkan. tu yg tak amek bekerja tu. orang sekeliling perlu membantu. jangan biar mereka dicemuh dan dicaci. mereka perlu dibela.
tidak. sesiapa yang memandang hina golongan OKU ni deserve a slap on their face.
BTW, ayah saya seorang OKU...
latest : Iftar @ Kuala Perlis (part 2)
oleh kerana persepsi org tentang OKU ni menyusahkan orang ramai, org rmai mula menghina..bukan disebabkan berzina tp sudah ketentuan. Allah nak tunjuk semua org sama disisiNYa. tp mnusia mmikir sbaliknya
tak hina.
depa pun sama dgn kita
cuma kekurangan depa lebih jelas berbanding dengan kita
kita yang normal ni pun jangan la pandang rendah dekat depa ni
kita pun taktau takdir,entah esok lusa kita pun boleh jadi OKU,sapa tahu?