Skuad Skodeng Gila Seks

Kehebatan rakyat Malaysia yang dapat diukur dari kekreatifan mereka untuk memuaskan nafsu. Skuad skodeng di sekeliling kita.

Mungkin korang pernah tengok di youtube mahupun mana-mana sumber sekalipun, video skodeng yang dirakam oleh lelaki gila seks. Pantang dilihat benda yang mengasyikkan, saat itu dirakam bagi tatapan masa hadapan.

Hebohnya dahulu video skodeng Lubuk Tupah, yang menayangkan video klip pasangan kekasih sedang memadu asmara atau dalam kata mudah, beromen-romen didedahkan dan mendapat liputan meluas oleh media. Si perempuan yang gambarnya terdedah mendapat aib seluruh negara. Walaupun perbuatan seks nya ternyata salah dan haram, tetapi si perakam video seks itu turut salah kerana mendedahkannya kepada khalayak ramai, bukan menyerahkannya kepada pihak yang berwajib. Pada hematnya, si perakam hanyalah seorang lelaki gila seks yang memuaskan nafsunya secara berintelek.

Tidak cukup dengan video klip seks, gadis-gadis yang berpakaian ketat dan seksi juga turut dirakam. Lebih-lebih jika ada yang terbonjol, maka itulah mangsanya. Kononnya ingin memberi pengajaran kepada perempuan agar lebih berhati-hati dalam berpakaian, tapi realitinya, video itu dijadikan tatapan dikala sangap.

Skuad skodeng ini juga ternyata berani dengan merakam aksi di dalam rumah mangsa-mangsa yang sudah ditargetnya. Jika bernasib baik, rumah yang ada lubang-lubang akan dirakam. Silap-silap, aksi bilik mandi juga dirakam. Apa halnya nak bagi pengajaran sampaikan hal dalam rumah orang pun dirakam. Itu bangang namanya.

Jadi, perempuan-perempuan yang tidak mahu diaibkan oleh skuad skodeng gila seks ini, berhati-hatilah dalam setiap tingkah laku mahupun pemakaian. Agak susah hendak membanteras skuad sangap ini, kerana tiadanya badan khas untuk mencegah skodeng, jadi pandai-pandailah jaga diri. Jangan satu hari, video korang berpakaian ketat di mall mahupun sedang berdating, diupload di youtube. Mahu tak gelabah kan.


Encik Ji : jangan skodeng, nanti kena ketumbit
6 Komen untuk "Skuad Skodeng Gila Seks"

dulu takut nak mengintai sebab takut ada ketumbit :P

haha pdhal tade kena mngena pon..nsa bese naek ktumbit tpi x ngintai spe2 pon =='

haha..tapi kalu ade org yang terkene ketumbit mesti kena tuduh ngintai, bia la org tu perempuan pun..

ala..kalo takut kena skodeng...pakai lah pakaian yang menutup aurat

mase kecik2 mesti slalo skodeng2 ni kan.. ahahaa.. ;p

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X