Model itu satu kerjaya?

Bagi korang yang pernah terlibat dengan modelling, adakah memperagakan tubuh badan kepada awam itu satu pekerjaan?

Kerjaya modelling merupakan jalan pintas bagi lelaki dan perempuan untuk mendapat duit segera. Hanya memerlukan badan yang cantik, korang akan mendapat tempat dalam dunia model.

Walau dikatakan model muslimah, tetapi pakaian sedikitpun tidak menggambarkan apakah itu islam. Bahkan lebih kepada menghina Islam.Juga bagi tanggapan kepada yang bukan Islam , pakaian Islam tidaklah sesuci seperti yang dibangga-banggakan. Dimana muslimahnya jika pakaian menampakkan bentuk badan dipamerkan? Si model pula dengan bangganya memperagakan pakaian itu di depan khalayak ramai sehingga menaikkan nafsu si pemerhati.

Apatah lagi bagi model-model murahan perempuan yang berbogel di khalayak ramai semata-mata untuk melakukan photoshoot. Bikini dipakai tanpa malu-malu, seakan-akan tiada istilah malu dalam hidup model. Untuk berjaya dalam dunia model, keberanian untuk  melebihi daripada yang lain diletakkan menjadi asas pertama tanpa memikirkan batas syarak.

Bagi si lelaki yang berbadan tegap, dunia modelling adalah satu tempat untuk menggunakan kelebihan badannya untuk berjaya. Berbekalkan muka yang agak-agak jambu, daripada model akan ada harapan untuk menjadi pelakon. Tapi perlukah sampai memperlihatkan aurat yang sepatutnya dijaga? Kelebihan lelaki berbanding perempuan ialah betapa mudahnya untuk menjaga aurat fizikal, tetapi itu pun masih belum terjaga.

Budak-budak yang mindanya dari kecil lagi sudah disogokkan dengan fahaman salah yang mengatakan modelling adalah bidang yang indah. Sehinggakan ramai yang sanggup berhenti belajar semata-mata untuk fokus dalam dunia yang penuh dengan tipu daya ini.

Benarkah modelling di zaman sekarang ini satu kerjaya?


Encik Ji : model kain pelikat cap gajah duduk
6 Komen untuk "Model itu satu kerjaya?"

erm..saya telupe bg tau..byk game saya main ok je..dirt 3 mcm tu online ok je..ram 512 ..

huhuhuu. betol2. nasib xjd model. xlayak, xcukup comel. wawawa.


Alhamdulillah.

Ada hikmahnya kalo rupa para biasa2..=)

tak jugak.. model skrg ni kbnyakannye hanya smntare2 je.. bile free time.. agaknye la.. hehe

boleh aimie mntak tlg untuk komen entry ni? http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

saya masuk GA CONTEST yg memerlukan your Free Comment :) Thx a lot

encik JL ni... hik2.. comen kat entry ke due tu la.. hehe

yg ni link dye, http://imedianna.blogspot.com/2011/07/saya-bertudung-dan-saya-sangat-pretty.html

erkk entri yg bagus..
xtau nk komen mcm mane dh sbb ape yg diperkatekn itu adlh sgt benar.. :(

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X