Kenapa bahasa Inggeris, bukan bahasa arab?

Seluruh dunia tahu berbahasa Inggeris walaupun inggeris rojak sekalipun. Tetapi, berapa ramai yang berbahasa arab atau minat untuk mempelajari bahasa arab?


Agenda tersendiri bahasa Inggeris kepada dunia hari ini.

Pernah tak korang terfikir andaikata arab menjadi bahasa perantaraan dunia yang mana semua orang perlu untuk berbahasa arab? Masih adakah lagi sukatan bahasa Inggeris dalam pelajaran di sekolah mahupun di universiti pada hari ini? Sudah tentu, di mana-mana, orang akan berbahasa arab.

Mungkin secara realitinya, bahasa arab adalah antara bahasa yang susah hendak dipelajari, tetapi sepertimana Inggeris, jika diasuh dari kecil lagi, tidak mustahil bahasa arab boleh lekat di bibir kita. Tetapi, kenapakah bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dunia, bukan bahasa arab? Kerananya bahasa arab ialah bahasa al-Quran dan kuasa-kuasa Veto dunia dipegang oleh bukan beragama Islam.

Kita tengok konteks di Malaysia. Berapa ramai yang tidak tahu membaca al-Quran? Berapa ramai yang tidak tahu jawi? Bahasa arab apatah lagi. Tetapi berapa ramai antara kita yang boleh berbahasa Inggeris walaupun tidak boleh membaca al-Quran? Hampir kesemua tahu berbahasa Inggeris kerana Inggeris sudah menjadi sebahagian dalam hidup kita.

Di sekolah rendah, atau menengah sekalipun, bahasa Inggeris ada dalam pembelajaran harian kita. Adakah bahasa Arab dalam sukatan pelajaran? Mungkin ada yang mengambil mata pelajaran tambahan seperti arab tambahan komunikasi. Tetapi, itu pun ada pilihan, sama ada untuk mengambilnya atau tidak , bebas kepada kita. Mengikut akal yang sihat, subjek yang susah mestilah digugurkan, dibimbangi menjejaskan keputusan peperiksaan. Pernah korang dengar bahasa Inggeris boleh digugurkan daripada peperiksaan? Walau selemah mana Inggeris korang, korang terpaksa juga mengambilnya kerana itu memang sudah termaktub dalam dasar pendidikan.

Kursus pendidikan Islam juga diwajibkan, adanya tulisan jawi dan juga ayat-ayat hafazan untuk dipelajari oleh pelajar. Cuba korang tengok, berapa banyak ayat hafazan ada dalam sukatan. Penggunaan kata hafazan pun sudah menunjukkan yang ayat itu boleh dihafaz oleh pelajar walau tidak pandai membaca al-Quran. Jawi? Cuba korang tengok, berapa ramai yang jawab subjek itu dalam bahasa jawi. Boleh dikatakan tiada. Kerana adanya sistem yang menggalakkan pelajar untuk menulis dalam bahasa melayu sekalipun. Mana lagi tinggalnya peluang untuk pelajar mempelajari bahasa al-Quran? Di dalam subjek bahasa Inggeris, walau bengap mana sekalipun korang, adakah bahasa melayu dibenarkan?

Bila dah ramai pelajar yang tidak boleh membaca al-Quran, maka hebohlah media-media di Malaysia, berceloteh tentang isu ini. Sedangkan sistem pendidikan di Malaysia yang membentuk pelajarnya menjadi seperti sekarang. Memang tidak ada yang salahnya untuk belajar banyak bahasa, bahkan digalakkan lagi untuk mempelajari bahasa asing, tetapi jika al-Quran pun tak terbaca, mana pengenalan kita sebagai Islam?


Encik Ji : belajar bahasa Indon kat televisyen


4 Komen untuk "Kenapa bahasa Inggeris, bukan bahasa arab?"

melayu was once lingua franca, and jawi was once the national writings(is that what you called it?),if only kita preserved kan jawi tuh sebgai tulisan kebangsaan kita tanpa guna ABC, mungkin Al-Quran pun makin melekat kat tangan...tapi its too late now, silapnya kalau mak bapak terlepas melentur buluh, besar nanti lidah anak jadi keras lah~

Saya cinta bahasa arab! Uhibbuki aluqatul arobiah hubban jamman . :)

saya pula tak past bahasa jawa walaupun anak jawa..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X