Mengeji apabila kalah

Kekalahan Malaysia kepada Singapura menunjukkan betapa moral penyokong Malaysia bergantung kepada pencapaian semasa semata-semata.

Sikap segelintir penyokong yang hanya tahu mengeji apabila pasukan pilihan kalah menunjukkan betapa singkatnya pemikiran golongan ini.

Baru je beberapa minit Malaysia kalah, korang boleh lihat di facebook, beberapa page yang dicipta mengutuk kekalahan Malaysia kepada singapura. Antarannya ialah dengan mengutuk penjaga gol negara, Sharbinee Allawee. Korang perlu tahu membezakan antara mengeji ataupun menilai. Mengeji hanyalah satu satu perkara bodoh yang tidak memberi manfaat kepada mana-mana pihak.

Sepertimana dahulu, kekalahan Kelantan kepada Terengganu ketika merebut piala Fa, antara pemain yang dikeji teruk ialah Daudsu. Walaupun permainan Daudsu selama bersama dengan Kelantan sepanjang musim menarik, tetapi sebab satu kesilapan, pemain dikeji dan dikutuk tanpa memikirkan sumbangannya. Walaupun begitu, apabila pasukan Kelantan memenangi piala super, banyak suara-suara yang memuji permainannya yang meningkat dan bersemangat. Bodoh atau bangang?

Korang kena ingat satu perkara, yang pemain juga manusia, seperti kita, tidak sempurna dan selalu melakukan kesalahan. Mungkin seseorang itu ada masalah dengan keluarga mungkin, atau lain-lain masalah. Sama je seperti kita, bila mana ada masalah, macam mana agaknya reaksi kita ditegur? Mestilah agak berlainan daripada biasa. Itulah normaliti manusia, tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Jadi, kepada pelaku-pelaku yang mencipta page-page bodoh di facebook itu, hentikanlah perbuatan yang memalukan itu. Jika korang hanya tahu menyokong pabila menang, mengeji pabila kalah, korang hanya layak duduk di dalam kandang, berkawan dengan .... .


Encik Ji : mat yo dan safee sali perlawanan seterusnya 

11 Komen untuk "Mengeji apabila kalah"

haha. kalaulah mereka baca. tak paham lah konsep now ni. tak puas hati je buat page. tah pape. takde keje lain agaknye. buat dosa je mngumpat mengutuk.

saya x tgk game dia,tapi apabila tgk result gol,terkejut saya.Malaysia need to be strong on next match...
Support Malaysia

betul tu.. sokong-sokong.. ce tengok sini.. http://aimankesah.blogspot.com/2011/07/malaysia-vs-singapura-di-facebook-dan.html

xper..yg pntg tilawah qari & qariah menang...

sokonglah Malaysia..
siapa nak sokong selain kita...

http://terowonginformasi.blogspot.com/2011/07/singapura-menang-tapi-mana-pemain.html

realiti memang susah nak diterima, walaupun tu benda betul. mungkin dieorang x pernah cube mejadi lebih realistik barangkali?

:hah skuad malay ttp d hati :well
even sapik rahim kne kad merah die ttp hero :yes

ya. itu yg kita mahukan.

jgn risau, next match, mlysia will win.

Haha..tau tak pe..aku mmg setuju...asal ade bende tak puas hati jer, mula2 macam2 page kat fb muncul...mereka2 ni emotional je lebih..huhu..

btol2.klu pemain msia wat silap je.msti diorg hentam abes2.

msia dah byk improve kan3 :D

kalau kita kalah segala mende dijadikan punca. setiap game berlainan nasib, bukan selalu kita di atas..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X