Contest Like dan Menang.

Contest facebook yang berlambak-lambak menawarkan hadiah yang menarik.

Ini bukan cerita tentang contest yang berunsur maksiat. Ini cerita tentang bagaimana sesuatu contest itu berjalan dan menentukan pemenang.

Walaupun bunyinya contest like dan menang, tetapi patutkah hasil kerja kita yang tak seberapa mendapat hadiah berbanding hasil kerja lain yang lebih menarik dan bagus kualitinya.

Sebagai contoh contest reka Banner Kelab Bahasa Inggeris

Syarat :- reka Banner Kelab Bahasa Inggeris
Pemenang :- ditentukan oleh bilangan like di Facebook

Bagaimana mungkin banner yang buruk boleh dipilih menjadi pemenang sedangkan banyak lagi banner-banner lain yang layak untuk dipilih? Manakah ketelusan sesuatu contest yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan.

Jawapannya :-

Ini contest aku yang sponsor. suka hati aku lah.

Konsep like dan menang bagi contest melibatkan rekaan kreativiti nampak agak tidak patut. Jika korang punyai ramai kenalan, apatah lagi popular, walau buruk mana sekali pun korangnya hasil tangan, koranglah pemenangnya.Hanya perlu tag ramai-ramai kawan korang, ataupun sebarkannya di wall-wall korang.
Jika ianya melibatkan contest yang memang melibatkan populariti, barulah konsep like dan menang boleh digunapakai.

Mungkin korang rasa korang dah bagi 100% komitmen kepada kerja tangan korang itu ,dan layak untuk menang. Walhal orang lain pun sama. Apa agaknya reaksi pemerhati? Bila lihat hasil yang buruk memenangi sesuatu contest? Argh, ini menang sebab rajin promote je. Itulah katanya.

Jadi, bertandinglah secara sihat. Bagi peluang kepada orang untuk like secara ikhlas tanpa paksaan. Setakat menang dengan merayu-rayu kepada orang lain untuk like, hasil kerja korang secara logiknya tidaklah seberapa tinggi nilainya berbanding mereka yang bertanding tanpa promosi.


Encik Ji : terperasan time tengok facebook tadi. haha.

9 Komen untuk "Contest Like dan Menang."

setuju lah.tak suka contest yang main like2 ni. confirm kalah lah. huk3.

aha. tak pernah join lg contest kena like2 ni..:)

btol3.. mcm desprate je dok rayu2 org soh like =.="

NI bukan AFundi tapi FBundi....serupa tapi tak sama.

setuju sgt2!!! fair and square.

setuju..tapi cik sakura pernah menang contest macam ni walaupun xde kawan yg tahu..

Tia pun tak berapa gemar contest yang pakai LIKE bagai ni . macam tak adil le ..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X