Oh , darjat kita berbeza sayang.

Di dalam dibuai kasih sayang, pernah tak korang terfikir peluang untuk bersama di masa depan?

Mungkin di saat remaja, cinta hanyalah satu perkara biasa dan dianggap perasaan normal bagi manusia.

Tetapi, bila saat remaja bertukar dewasa, adakah cinta itu akan berpanjangan sehingga ke gerbang perkahwinan? Pernah tak terfikir yang taraf pasangan korang tu sama tak dengan korang? Di saat bercinta dahulu , kaya atau miskin tidak pernah bermain di dalam fikiran, apatah lagi memikirkan sekufu atau tidak, tetapi bila mana melibatkan perkahwinan, itu adalah salah satu perkara penting yang harus dilihat.

Lebih-lebih untuk lelaki, apa kata nya bila mana cinta itu terhalang kerana perbezaan darjat? Mampukah korang untuk berbelanja besar untuk kahwin kerana adanya permintaan tinggi di pihak perempuan. Jika hantaran sudah 15k, belum termasuk lagi perbelanjaan lain, dari mana korang nak cekau duit sebanyak itu?

Berbalik kepada realiti dunia, apa yang akan terjadi kepada pihak lelaki yang memang berhasrat untuk berkahwin? Selama 10tahun menyimpan niat untuk mengahwini pasangannya tetapi terhalang kerana duit. Adakah akan berakhir seperti mana drama-drama tv3 mahupun prima. Mendapat harta dari langit, terus dapat kahwin. Ternyata tidak. Ianya akan berakhir dengan kedua-dua pihak merana tetapi kesannya akan lebih terasa kepada lelaki, kemanakah hala tuju selepas ini sedangkan di pihak perempuan, hanya reda dan menunggu lelaki lain untuk masuk meminang.

Cinta terhalang hanya kerana duit. Jika korang sudah memasuki alam dewasa, fikirkanlah masa depan bersama. Berbincang dengan keluarga sebaiknya, jangan biarkan sampai satu masa, berakhir dengan tangisan dan janji-janji kosong cinta korang yang kononnya abadi itu.


Encik Ji : cinta oh cinta. lala
16 Komen untuk "Oh , darjat kita berbeza sayang."

Cinta itu tak pernah wujud...

Bg pendpt aku kalo dah lama sampai 10 tahun si lelaki tu dah pasang angan2 nak meminang pompuan tapi tak pernah berusaha nak cekau wang mas kawen sekurang2nya utk meminang pompuan tu, memang la takleh kawen... dr awal sebelum kawen nampak sgt pemalas nak berusaha cari duit camne keluarga pompuan tu nak terima dia menyara anak diorg lepas kawen, bagi makan pasir? Jadi moral kisah ini ialah no pain no gain, no money no talk. Tamat.

usaha mesti kena ada kalau benar2 ikhlas dalam bercinta... memang duit bukan segalanya, tapi segalanya perlukan duit zaman sekarang ni..kalaulah janji semahal emas & boleh digadai...fuhhh... =)

Orang lelaki tak boleh terus mengeluh, kena meancang hidup dari awal demi masa depan.

rasanya dari bercinta kena pilih pasangan yang sekufu agar tak timbul masalah di masa hadapan. contohnya bila nak kahwin. kalau lelaki tu tekad jugak nak dekat perempuan tu, dialah yang kena berusaha. kalau rasa tak mampu, dari awal kena elakkan perhubungan tu. kalau dia betul2 sayang perempuan tu, kenalah bagi kesenangan dan kebahagiaan kat perempuan tu. kalau perempuan tu da biasa hidup senang, kahwin merempat pulak, kan tak bahagia. gaduh lagi.

owh cinta, memang berbeza.. hahaha

kembali kepada sunah pasti semuanya tak jadi begitu...

cinta tu mula2 je.. then duit lah..

kalau nak buat suami, mesti la kena cari yg elok2.

sob2...hehe...kalau betul nak kawen ikhlas kerana Allah mesti ada caranya..:)

Insya'Allah kalau hati ikhlas utk bercinta dan menjadikannya pasangan hidup yg sah, pasti ada jalan penyelesaian :)

skang makin melampau..hantaran paling kurang RM10k,bley la..pastu kenduri mesti 2 kali,rumah isteri n suami..ok la.. pastu mesti ada adat2 kalo x,xsah,band pun mesti ada,ini tak okey..pastu ada pre-wedding pics la..ini pun xokay..terok2..

nak2 pulak zaman sekarang ni semua nak duit. lagi 1, semakin tinggi pelajaran perempuan tu, semakin tinggi la hantarannye.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X