1Malaysia=1Israel ?

Bagi korang yang selalu updated dengan politik di Malaysia, mesti korang pernah dengar yang mana 1Malaysia dikatakan meniru 1Israel.

Apakah itu satu 1Malaysia dan apa itu pula 1Israel?

1Malaysia ialah satu gagasan baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri kita bagi mewujudkan satu semangat berbilang kaum di Malaysia sementara 1Israel ialah penyatuan 3 parti utama di Israel pada tahun 1980.

Jadi, apakah konflik yang dikatakan dengan trademark 1Malaysia ini?

Adakah salah jika trademark yang digunakan itu seakan-akan sama tetapi pengisiannya ternyata berlainan. Kenapa boleh wujudnya satu penceritaan tentang agenda yahudi di sebalik 1Malaysia sedangkan ianya hanyalah satu konsep baru yang diwujudkan untuk memupuk semangat perpaduan di Malaysia.

Ini adalah permainan politik yang ternyata tidak matang. Mengaitkan sesuatu perkara tanpa hujah yang kukuh. Kenapa sebelum ini tidak timbul isu bendera Malaysia yang seakan-akan sama dengan bendera Amerika syarikat? Adakah itu juga dikira sebagai menyerap budaya barat kedalam hidup kita.

Politik di negara kita kerap mengaitkan pemimpin-pemimpin politik dengan zionis. Pantang ada benda baru yang disentuh, maka hal zionis akan dikeluarkan. Sama seperti pemimpin parti pembangkang yang seringkali dikaitkan dengan hal ehwal zionis dalam kehidupannya. Bagaikan tiada isu lain yang hendak dikeluarkan oleh kedua-dua penyokong dari pihak berbeza untuk menjatuhkan satu sama lain.

Sama seperti kita menggunakan facebook, yang dikuasai oleh yahudi sendiri, adakah bermakna rakyat Malaysia adalah pendokong kepada fahaman zionis?

Adakah relevan isu 1Malaysia ini digunakan sebagai hujah untuk menentang pihak lawan? Jangan kita menjadi pejuang kepada parti, tetapi berjuanglah untuk keadilan.


Encik Ji : orang kita pantang dicucuk
14 Komen untuk "1Malaysia=1Israel ?"

Betul2. Mungkin itu hanya kebetulan sahaja. Btw, Nice info. :)

ape2 pon patriotik!!syg msia!!=)

pernah jugak dgr camtuh.. tp PM kita takde lah ikot israel kan..just mmg nk perjuangkan satu malaysia utk perpaduan..

Ape da org yg berfikiran sempit..trylah tgk kat sudut yg lebih positive..haih~

tidak relevan! wah semangat encik JI.

btw, saya tak tahu pape pon pasal ni. tak mengikuti politik langsung. risau la dengan politik ni. boleh bunuh-bunuh bagai. yg kwn baik pon bertikam lidah. risau dan memang xkn masuk campur la.

Hafeezah. taw xpe. xkn bnda cmtu pn nk kutuk. kekeke

Izzati : cuba2lah take part. mne taw leh join politik nanti. hehe

hurm, selalu trbce kt fb, bukan setakat org politik malaysia je, indon pon kutuk2 kita yg malaysia gunekan konsep israel -.-

macam-macam propaganda politik ni.

memang ada persamaan pun

muazfaris.com

Konsep dan pendekatan mungkin berlainan

setuju...org yg berfikiran negatif n nk jatuhkn org lin yg same agama dgn die yg berfikiran begitu..kte nk aman damai die pandai g putar belit isu bg org huru hara..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X