Fesyen lelaki sekarang. Seluar 3 suku yang menjadi pilihan remaja lelaki bergaya. Tak kira yang muda sampailah yang ke tua.
Fesyen ini mulai merebak sekitar beberapa tahun ke belakang. Mulai diperkenalkan oleh golongan-golongan yang suka bergaya dan mencari identiti tersendiri. Dikenakan bersama spek hitam bersaiz kepala ikan flower horn hitam, cap berjenama NY diimport khas dari siam, fesyen ini mulai diterima oleh masyarakat.
Jika mengikut hukum berpakaian, nampak takde masalah, tetapi mengikut budaya setempat, agak tidak berapa cantik untuk dilihat. Yela, adat ketimuran, semua ayu je kan.
Pemakaian seperti ini menjadi pilihan lelaki kerana agak simple dan trendy mungkin. Tidak perlu bersusah payah nak pakai seluar panjang, masa pun jimat, percambahan bulu betis pun turut sama aktif.
Tetapi, fesyen bulu betis percuma ini ada masalahnya jika dikenakan di mall. Masalahnya ialah ketika hendak bersolat. Yela, mana ada orang pergi mall lepak 10minit, pastu balik. Paling tak pun dari pagi sampai ke petang. Lagi satu, tidak semua surau di dalam mall di seluruh Malaysia ni bekalkan kain pelikat untuk digunakan. Lebih-lebih lagi mall yang diconquer oleh bukan Islam. Agak-agak macam mana dengan solat?
Lagilah tak cantik jika si pemakainya tak berapa nak cukup syarat. Bulu betis yang dah macam hutan hujan tropika memenuhi ruang alam. Ditambah dengan sistem tadahan hujan yang terlebih efektif di bahagian betis, korang bayangkanlah sendiri macam mana rupanya.
Itu kalau lelaki yang pakai, kalau perempuan, lagilah tak berapa nak cantik , apatah lagi ianya memang haram untuk perempuan pakainya di public.
Seeloknya, pakailah mengikut kesesuaian satu tempat, jangan main pakai je, nampak agak tak bijak. Jangan pakai boxer plak. Busuk kot. HAHA
Yang paling penting, pelihara apa yang sepatutnya bagi kita sebagai seorang muslim.
Korang suka tak tengok lelaki pakai seluar 3 suku? HEHE
12 Komen untuk "Bulu betisku, tatapan matamu."
hehe, agak la..kebanyakkan budak2 yang pakai, klu org tua xde sgt.
klu pakai seluar tu, kemungkinan utk dpt calar tu tinggi drpd org yg pakai sluar pnjang..hehe
pesen selua jamban da x de ye hhihi
hehe.. ramai pakai skrg.. problem jugak.. kita yg laki pun segan kdg2 tengok..
haha. bab hutan hujan tropika,tadahan air hujan kebenda tu betul2 belaka. tak rela i nak tgk. huhuhu
Bulu betis yang dah macam hutan hujan tropika memenuhi ruang alam.
hahahahaha.
paling tak boleh terima yang pakai baju lengan panjang dengan shorts or seluar 3 quarter tu. geli gilaa! ape pesen tah. nak kata sejuk, kaki bawah tu tak tutup. macam-macam.
kat sekolah, pesen ni femes. -.-
suar pendek 3 suku ok lagi la kot..yang xleh blah..selamba kartun pakai boxer paras suku lutut gambar kartun spongebob..hohohoho..
lagi elok tu tutup la.tayah nak 3suku ke apa. hehe
tak suke..geli nengoknya...kih3
kalau bulu kaki cantik kemas xngape la..kalo berserabut..ish..ya ampun..geli..weee
"dia" nak blaja elak isbal...tapi failed...huhuuhuh
silap hari bulan,
semut nak masuk pon kena bawk peta.
takot x jumpe jln..
hahaha