Pentingkah Dara Kepada Lelaki?


Dara ialah satu entiti yang melambangkan kesucian seorang gadis di mata hadapan seorang lelaki. Ianya melambangkan kesucian secara fizikal, tapi bukan secara keseluruhannyanya.

Pentingkah dara kepada seorang lelaki? Perlu ke seorang lelaki menjawab persoalan ini jika perempuan sendiri boleh menjawabnya. Pentingkah dara kepada seorang perempuan? Tepuk dada tanya hati.

Ramai perempuan membidas golongan lelaki yang terlalu mementingkan konsep dara ketika berkahwin sedangkan si perempuan tidak pernah mempersoalkan keterunaan seorang lelaki. Ya, mungkin itu ada benarnya. Tetapi bagi lelaki normal, dara itu perkara yang kedua penting selepas cinta.

Sememangnya bukan tugas seorang lelaki untuk mempersoalkan dara seorang gadis. Tetapi, apa yang ingin dinyatakan di sini, betapa dunia sebenar ini sebegitu rupa. Tiada dara mungkin disebabkan banyak faktor. Tetapi kalau melihat kepada masalah sosial di Malaysia yang semakin hari, semakin  teruk, ianya menjadi persoalan kepada lelaki. Hilang daranya secara tanpa sengaja atau daranya hilang diragut lelaki durjana?

Bagi seorang gadis yang pernah melakukan seks di luar nikah dan telahpun bertaubat, amatlah tidak adil baginya diadili sekejam ini.Tetapi adilkah pula di pihak lelaki jika kesucian isterinya telah diragut oleh manusia lain sebelum yang sah isterinya?  Jangan salahkan lelaki jika tidak dapat menerima anda yang telah diragut mahkotanya kerana bukan semua lelaki dapat menerima yang bakal isterinya yang tidak suci.

Janji Allah itu pasti, yang baik pekertinya akan dijanjikan yang baik pasangannya.

Encik Ji : perbetulkan diri sendiri.

Baca juga
http://janganignore.blogspot.com/2011/07/industri-3gp-malaysia-hebatnya-rakyat.html
http://janganignore.blogspot.com/2011/07/webcam-seks-permainan-nafsu.html
1 Komentar untuk "Pentingkah Dara Kepada Lelaki?"

Dara memang penting untuk lelaki sebagai lambang kesuciaan seorang gadis. Tapi kalau dara dia hilang sebab dia lasak sangat ke, pernah kena rogol ke, kita boleh terima la tapi kalau dara dia hilang sebab dia suka suka bagi kat mana mana lelaki lain, susah sikit la nak terima.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X