P1 Wimax. Penipuan Atau Kontrak?

P1 wimax.

Salah sebuah syarikat komunikasi pembekal internet bertaraf tinggi 4G di Malaysia. Merupakan satu fenomena kepada rakyat Malaysia ketika diperkenalkan pada satu masa dahulu dan menjadi pilihan bagi masyarakat untuk mendapatkan capaian internet yang laju dan memuaskan.

Tetapi,

Di sebalik profil syarikat yang terkemuka ini, banyak aduan dan kritikan kepada tahap pengurusan syarikat yang sangat teruk. Ramai pengguna dan bekas pengguna p1  disenarai hitamkan (CTOS) akibat melanggar kontrak yang dikatakan sudah ditandatangani sewaktu perjanjian bertulis pengambilan modem p1. Tidak kurang itu juga, ada juga yang mendakwa ditipu oleh pihak pembekal walaupun sudah menjelaskan hutang, tetapi nama masih lagi disenaraikan di dalam CTOS. Ini menyebabkan banyak urusan pinjaman yang berkaitan dengan bank dan badan berkanun tidak dapat diteruskan.

Ramai yang sudah mengadu kepada SKMM apabila merasakan diri ditipu. Ada yang berjaya menyelesaikan hal ini dan tidak kurang juga yang masih lagi terpaksa membayar di dalam jumlah yang besar berikutan dengan pelanggaran hak kontrak. Hal ini menyebabkan ramai yang memboikot dan enggan membayar hutang kerana merasakan diri ditipu oleh syarikat lanun ini.

Di facebook, terdapat satu group aktif yang bertujuan menolong dan berkongsi pendapat tentang syarikat ini. Menggunakan nama P1 Wimax Suck , group ini ternyata masih lagi aktif sampai sekarang dan banyak menolong kepada mangsa-mangsa yang tertindas. Syabas kepada group ini kerana berjuang menuntut keadilan!

Banyak aduan kepada dibuat kepada pihak berwajib, tetapi masih tiada tindakan undang-undang yang sepatutnya syarikat berkenaan. Syarikat ini masih lagi aktif mencari pelanggan dan dikatakan sudah diambil oleh syarikat yang lebih besar, TM. Ini akan menyebabkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pengguna terdahulu menjadi lebih susah untuk diatasi berikutan pemindahan hak milik. Sepatutnya aktiviti syarikat ini dibekukan sementara siasatan terperinci dijalankan.

Customer service yang susah untuk dihubungi juga menambahkan lagi masalah kepada pengadu. Semua urusan dikatakan hendaklah dijalankan di HQ memberi kesulitan kepada mereka yang jauh dan mempunyai masalah pengangkutan.

Dimanakah mereka- mereka yang mempunyai kuasa untuk menolong mangsa-mangsa yang tertindas. Kenapa mereka masih lagi berkuasa di bumi Malaysia walaupun sudah banyak aduan dibuat. Kemana hilangnya pihak berkuasa?






P1 Wimax. Penipuan ataulah sekadar kontrak. Anda tentukan.

Encik Ji : Selagi ahli politik sendiri tak kena, kes akan berterusan menjadi suam-suam kuku.


3 Komen untuk "P1 Wimax. Penipuan Atau Kontrak?"

Ermmn byk jugak yer aduan pasal P1 nie...nasib baik farah tak langgan..hehehe..guna la yes..so far puas hati guna la...=D

samala kita. tapi yes cepat sangat mengalir.. cairrr haha

Ramai yg kene tipu rupenye..keadaan akan jadi lagi parah, sebab dah di ambil alih hak milik. Hurm..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X