Lagenda Stephen Chow.


BIOGRAFI STEPHEN CHOW


Nama: Chow Sing Chi/ Stephen Chow/ Stephen Chiau
Dilahirkan pada tahun 22 Jun1962.

Perjalanan hidup 

Selepas sahaja tamat belajar pada peringkat sekolah menengah tinggi, beliau menjadi pelakon tambahan di TVB pada tahun 1980. Di TVB, beliau belajar menjadi seorang aktor dan berjaya habiskan pengajian dalam bidang lakonan pada tahun 1982.

Mulai dikenali ramai setelah berjaya menjadi host yang hebat dalam rancangan kanak-kanak ' 430 Space Shuttle' pada tahun 1982.

Mulai berlakon secara serius pada tahun 1987 di dalam filem 'Final Justice' yang berjaya memenangi anugerah 'Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik' di Taiwan Golden Horse Award.

Filem pertama pada tahun 1990 'All for the Winner' berjaya melonjakkan nama Stephen Chow sebagai Pelakon Komedi Terbaik. Pada tahun itu juga, nama Stephen Chow diletakkan di dalam Undian major box office bersama-sama bintang besar seperti Chow Yun Fatt dan juga Jackie Chan.

Mulai mengarah filem pada tahun 1994 bertajuk 'From Beijing With Love' bersama pembantu pengarah Lee Lik-Chi. Nama Stephen Chow mulai dikenali ramai di Tanah Besar China dan pada tahun 1995, filemnya berjudul 'Chinese Odyssey' dianugerahkan sebagai cult film.

Pada tahun 2001, filem arahan Stephen Chow bertajuk 'Shaolin Soccer' berjaya mengaut keuntungan 60 juta HK dollar. Filem itu berjaya menggondol banyak anugerah (Best Picture, Best Actor, Best Director) pada Anugerah Filem Hong Kong 2002. Filem itu juga berjaya memenangi anugerah Blue Ribbon Award di Jepun untuk anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik dan juga Anugerah Golden Bauhinia untuk anugerah (Best Picture, Best Director). 

Melalui filem Shaolin Soccer, nama Stephen Chow menjadi sebutan di peringkat antarabangsa, bukan setakat di timur, juga di barat. Pada tahun 2004, filem beliau bertajuk 'KungFu Hustle' berjaya memenangi keseluruhan 18 anugerah di festival-festival filem.

Pada tahun 2007, Stephen Chowberjaya mengarah sebuah filem bertajuk 'CJ7' yang agak unik plot penceritaannya. Selepas itu, pada tahun 2013, Stephen Chow bersama Deren Kwok mengarahkan filem bertajuk 'Journey To The West: Conquering The Demon' yang diadaptasi dari sebuah novel. Filem ini juga berjaya menjadi salah satu fenomena filem di Tanah Besar China.

PENGLIBATAN STEPHEN CHOW DALAM BIDANG LAKONAN







ANUGERAH YANG PERNAH DIMENANGI OLEH STEPHEN CHOW



Encik Ji : Pengarah yang sangat unik dan kreatif. Movie apa yang korang minat?

3 Komen untuk "Lagenda Stephen Chow. "

Steven chow is my favourite actor...i love to watch his movies

memang minat dia ni... lawak ntah apa2 yg tak masuk akal pun ada.. hehe

la..da tua jgak rupenyer..baye bapak aku dah..

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X