Mok Abah, Tolong Hidup Semula.

Artikel ini dicedok dari FB dari alamat : Faridul Fawzan . Artikel ini membuat air mata ini mengalir tanpa disedari. Hurmm

Sepanjang sesi sinar suci semasa SKSPM19 (Seminar Kecemerlangan SPM 19) tempoh hari, saya sangka boleh cover sebak & air mata di depan adik-adik.
But I was wrong.

* * * * * *

Adik-adik peserta diminta menulis surat berisi harapan & ucapan yang ingin disampaikan kepada ibu ayah andainya surat itulah mesej terakhir dari mereka. Kemudian surat tersebut dimasukkan ke dalam sampul & ditulis alamat ibu ayah mereka.

Kemudian semasa fasilitator kumpulan masing-masing mengumpul surat-surat tersebut, fasi Amirulhisham Mahmud menyerahkan kepada saya salah satu surat.

"Pojan, ada budak ni nak wakilkan kau untuk baca surat dia."

"Eh siapa? Awat kasi aku?"

"Dia cakap mak ayah dia dah takde."

Gulp.
Pada waktu itu saya terus tahu siapa adik yang tulis surat tu. Adik yang sempat saya berkenalan & berborak dengannya sementara menunggu solat asar earlier that day.

Saya langsung broke down, tak mampu menahan sebak & air mata. Saya simpan dulu surat tu elok-elok dalam poket.

Kemudian ketika sendirian di bilik gerakan, saya keluarkan & perasan di sampul tersebut, di bahagian yang sepatutnya ditulis alamat, tertulis "TAK TAHU..."

Sebak semula.

Saya keluarkan & baca isi surat tersebut....

Allah.... 

Nah, saya pasti anda sendiri rasa apa yang saya rasa ketika itu. Sebak yang amat! 

Maafkan abang dik. Sejujurnya abang belum mampu memahami perasaan adik. Namun sungguh, adik telah mengajar sesuatu yang sangat berharga buat abang & fasi-fasi yang lain. Sesuatu yang sangat-sangat berharga!

Alamatkanlah doa adik kepada Allah. Kerana insya-Allah Mok & Aboh adik sedang menunggu di syurga. Alamatkanlah dengan penuh rasa harap, kasih, dan rindu. Kerana sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala rintihan hamba-hambaNya.

Dan teruskanlah berdoa. Semoga ibu ayah kita semua bahagia di sana.
Di syurga Allah, yang disediakan untuk orang yang mengasihi & mendidik sesama manusia!

"Apabila mati seorang anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat kepada orang lain, dan anak soleh yang berdoa untuknya." [HR Muslim]



Encik Ji : Teringatkan arwah ayah yang baru 2 bulan meninggalkan kami sekeluarga. Al-Fatihah buat ayahku. Hurmm

1 Komentar untuk "Mok Abah, Tolong Hidup Semula."
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X