Kening Sinchan dan Perempuan

Fenomena kening Sin Chan merata-rata di seluruh bumi Malaysia! Virus ini mula menular di kalangan gadis-gadis palsu bertopengkan foundation setebal 7 inci. Siapa yang bertanggungjawab membawa virus ini ke Malaysia!? Adakah sinchan yang bersalah, atau wayar otak si gadis fake sudah mula short.

Ini bukan cerita baru, mahupun cerita lama. Ini adalah kisah benar yang pahit bagi si pelukis kening. BURUK. Itulah satu istilah yang sesuai untuk mereka-mereka.

PERHATIAN. Bagi si pelukis kuning buruk, bacaan ini akan menyakitkan hati anda. Jadi bawak bersabar dan teruskan membaca, ataupun keluar sahaja dari page buruk seperti kening buatan anda itu.

Bagaimana rupa kening sinchan yang popular ini? Mari kita menyelongkar salah satu ciptaan yang dianggap maha agung bagi mereka ini.

Inilah rupa si kening gadis yang sengaja dilukis menggunakan pensil 2b faber castle. Adakah mereka tidak tahu yang melukis kuning sinchan tu boleh dikenakan tindakan tatatertib atas tuduhan menciplak hak mutlak.
Ataupun mereka merasa diri mereka seakan-seakan Elfira loy yang sememangnya cantik dilahirkan bersama kening yang dianugerahkan oleh Allah.

Nasihat saya buat semua. Janganlah sibuk mengubah kening yang sudah dikurniakan tu. Kalau kening anda buruk sekalipun, janganla tambahkan lagi buruk kening anda tu. Sedih kening tu. Hanya mampu menerima tanpa boleh membantah.

Katakan tidak kepada kening pensel 2b!


Encik Ji : Suka sinchan dari kecik sampai ke beso.

1 Komentar untuk "Kening Sinchan dan Perempuan"

Assalam. Menarik. Tergelak sy baca.boleh juga nasihat secara halus utk kawn2 sy yg mekap kening sinchan ni.. Sy share ye post awk ni kt fb. Tq

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X