MLM SCAM : Penipuan Multi Level Marketing

Artikel ini dicopy secara terus daripada blog http://scammeronline.blogspot.com. Info yang bagus untuk dikongsi bersama memandangkan ramai yang masih lagi percaya dengan penipuan online ini.

Kali ini saya akan berkongsi tips untuk mengesan bagaimana anda telah / sedang / bakal ditipu oleh skim skim pelaburan cepat kaya yang kita bergiat aktif dalam group group rahsia dan tertutup di Facebook kala ini.

Semasa Sesi Berkenalan dengan Admin (penganjur) / Intro / Sub-Intro

  1. Scammer akan memperkenalkan diri dari sesebuah syarikat pelaburan yang selama ini kita tidak pernah dengar namanya tanpa memperkenalkan penganjur.
  2. Sepatah kita tanya, 10 patah dia jawab
  3. Pertanyaan yang dijawab tak sampai 5 saat telah dijawab
  4. Dijanjikan dengan pulangan lumayan
  5. Mengakui telah berpengalaman dan berkali kali membuat pelaburan 
  6. Mengakui sebagai intro / sub-intro yang turut menyertai skim pelaburan berkenaan
  7. Menunjukkan duit yang banyak di facebook
  8. Menunjukkan gambar resit resit (bank payment slip) pembayaran yang telah dibuat
  9. Menunjukkan carta modus operandi pulangan pelaburan
  10. Pelaburan berstatus jangka pendek (3 hari - 90 hari)
  11. Memasukkan anda ke dalam group khas (Tertutup / Rahsia) di facebook
  12. Mengemaskini perkembangan semasa penyertaan dalam group
  13. Mengemaskini resit resit pembayaran dan penerimaan penyertaan dalam group
  14. Group akan bercampur dengan skim pelaburan yang lain (lebih dari 1 admin group)
  15. Senarai peserta dalam fail akan mula melimpah dengan nama nama peserta
  16. Satu update hanya akan dikomen oleh orang orang baru yang bakal terperdaya (selalunya setiap kemas kini tidak melebih 20komen)
  17. Status update di facebook banyak mengajak dan memplawa orang ramai join sekali disamping memberi motivasi.
  18. dll

Setelah pembayaran penyertaan dibuat
  1. Group akan mula sepi
  2. Intro akan kemaskini status di group pelaburan sekali sekala
  3. Tiada lagi kemaskini resit pembayaran / penerimaan
  4. Seorang demi seorang intro akan mula menyepikan diri dalam group berkenaan tanpa meninggalkan group
  5. Dll
Selepas Tempoh Matang Pelaburan

  1. Intro akan memaklumkan buat pertama kali selepas tarikh matang dengan menyatakan duit akan keluar beberapa hari lagi dan memohon semua ahli bersabar.
  2. Pada kemaskini kali kedua intro akan memaklumkan terdapat sedikit masalah pada admin (penganjur) 
  3. Selepas seminggu dari tempoh matang, intro akan memaklumkan wang refund akan dibayar dan mohon peserta bersabar.
  4. Selang beberapa hari kemudian intro memaklumkan fb mereka telah di hack
  5. Intro tetap berjanji akan membayar wang modal pelaburan (refund)
  6. Intro memaklumkan wang yang diberikan oleh Admin adalah sedikit dan jumlahnya kurang dari yang sepatutnya.
  7. Disebabkan kekurangan wang tersebut, intro akan mencadangkan wang tersebuat dilaburkan ke tempat lain terlebih dahulu tanpa memulangkannya kepada pelabur
  8. Intro akan memaklumkan mereka di hack buat kali kedua
  9. Intro akan cuba menyakinkan pada pelaburan kali kedua ini, mereka akan mendapat 100% pulangan atas kegagalan pelaburan yang pertama.
  10. Setiap kemaskini intro dibalas lebih beratus ratus komen
  11. Status update di facebook banyak memuji ketuhanan.
  12. dll




Setelah itu
  1. Intro akan senyap tanpa sebarang berita sehinggalah laporan polis dibuat oleh peserta belaburan.
  2. Apabila memaklumkan yang kita akan membuat laporan polis, mereka akan kemaskini status yang refund akan dibatrakan sekiranya laporan polis / tribunal pengguna / Bank Negara Malaysia dibuat.
  3. Intro mencabar sesiapa yang membuat repot polis akan disaman malu kerana cuba menjatuhkan maruahnya
  4. Jika anda masih bising bising, Intro akan keluarkan anda dari group tertutup / rahsia tersebut dan akhirnya anda tersedar anda telah ditipu hidup hidup

Lain Lain Tanda

  1. Selalunya nama fb tidak sama dengan nama sebenar Intro
  2. Nama  nama pemilik akaun bank.
  3. Anda tidak mempunyai perjanjian hitam putih pelaburan yang dibuat
  4. Anda tidak menandatangani apa apa perjanjian
  5. Anda tidak hadir dihadapan Pesuruhjaya Sumpah untuk dokumentasi
  6. Mempunyai banyak akaun facebook yang anda tidak ketahui
  7. dll

Sekiranya perkara ini terjadi pada anda, apakah yang patut anda lakukan?

  1. Pastikan anda menyimpan resit pembayaran
  2. Pastikan anda ingat masa, tarik dan lokasi pembayaran dibuat
  3. Simpan perbualan (screenshot) anda bersama admin (penganjur) / Intro / sub-intro
  4. Simpan gambar (screenshot) plan pelaburan yang anda sertai
  5. Simpan no akaun bank Admin / intro / sub-intro
  6. Buat laporan polis
  7. Buat laporan pada tribunal pengguna
  8. Buat laporan pada Bank Negara.
Apakah tindakan yang anda boleh ambil?
  1. Dakwaan penipuan
  2. Dakwaan penyelewengan
  3. Dakwaan mengambil deposit tanpa kebenaran
  4. Dakwaan pangubahan wang haram (AMLA)
  5. Dakwaan tribunal - untuk pemulangan 

SEBOLEH BOLEHNYA ELAKKANLAH MEMBUAT PELABURAN DI TEMPAT YANG TIDAK SAH.

Nota:
Selalunya skim cepat kaya ini tidak bermasalah untuk pusingan pertama, dan kedua tetapi akan bermasalah selepas pusingan pertama dan kedua tamat.

En Ji : Artikel ini khas bagi mereka yang baru ingin berjinak dengan sistem lama penipuan ini. Konsep mencari downline HARAMJADAH yang berlindung di sebalik produk SAMPAH.

0 Komen untuk "MLM SCAM : Penipuan Multi Level Marketing"
 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X