Hina, busuk, jijik, kotor, celaka. Itulah kata-kata yang seringkali dihamburkan oleh segelintir masyarakat luar kepada rakyat-rakyat kelantan.
Aku sebagai salah seorang anak kelantan turut merasa tempiasnya. Sedih, sebak, marah, geram, perasaannya bercampur baur. Aku sangat terkilan bilamana negeri kelahiranku di hina sebegini rupa.
Mungkin rata-rata daripada kami dianggap bersikap kenegerian, tetapi bagi aku, itu bukanlah alasan untuk mengutuk, mengeji kami. Bagi aku, bukannya semangat kenegerian yang cuba dibawa, tetapi faktor komunikasi, bahasa yang membuatkan warga kelantan lebih selesa berkawan sesama sendiri. Tetapi itu tidak bermakna, kami sombong, berlagak tidak mahu berkawan dengan rakan-rakan dari negeri lain. Secara peribadinya, aku sendiri mempunyai ramai kawan yang berasal dari negeri yang berlainan, bahkan rakan karibku sendiri bukanlah terdiri dari rakyat yang dianggap jijik di mata manusia bodoh ini.
Provokasi. Itulah istilah yang boleh aku bagi kepada si bodoh yang cuba memecah belahkan persaudaraan sesama islam. Aku pelik, di manakah manusia yang membenci kelantan, kerana di sekeliling aku, rakan yang aku kenali bukanlah seperti yang aku kenal di dunia cyber ni. Lancang berkata-kata, tetapi bodoh pemikirannya.
Peliknya aku kepada golongan mulut lancang yang terus menerus menghina negeri kelantan, membuat fitnah itu ini, semata -mata mahu menambahkan api kemarahan kepada golongan-golongan yang sempit otaknya. Tuduh menuduh asset utama kepada si provokasi.
Mungkin ada sesetengah daripada masyarakat kelantan yang jahat perangainya, buruk teladannya, tetapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk mengutuk seluruh negeri kami. Dalam dunia ini, tiada yang membezakan sesuatu manusia dari segi bangsa, negeri, kaum mahupun agama sekalipun, tetapi yang membezakan kita ialah baik buruk, baik jahat sikap seseorang individu itu sendiri. Buka mata, buka hati, kenali diri sendiri.
Encik Ji : Keyboard warrior is the true warrior. lalala
Followers
Artikel Pilihan
-
Tak kira perempuan mahupun lelaki, mesti pernah menangis. Walau diri tu perogol bersiri, mahupun penyimbah asid yang bangang, mesti pernah m...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Lagak seakan-akan beruk yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampaikan melalaikan orang, adakah ...
-
Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku fail pagi tadi. q...
-
"Pakai tudung tak semestinya dalamnya baik. Kami yang tak pakai tudung ni tak semestinya jahat ok." "Jangan ingat kami tiada...
-
Ini bukan cerita rakyat, mahupun cerita hantu, ini adalah kisah benar mengenai hal ehwal manusia berdasarkan pengalaman sendiri. Dilema na...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


1 Komentar untuk "Kelantan Negeri Hina"
sy setuju dengan entry ni. masa kat uni dulu pun, kwn kawan selalu mengejek loghat kelantan, dalam hati, hina ke negeri pantai timur ni. sy diam, malas nak jawab lebih, berdiam bukan bermakna kalah, evendo sy bukan dari kelantan, tapi i'm in love makanan kelantan.