Bidang Pertanian Di Malaysia, Kolot?

Aku menulis ni atas dasar membuka mata kepada mereka-mereka yang memandang rendah terhadap kursus ini dan memberi penerangan terhadap kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyambung pengajian di dalam bidang pertanian.

Aku sebagai salah seorang pelajar pertanian mengaku pada awalnya sangat malu untuk mengakui inilah bidang yang aku ambil di universiti memandangkan ia bukanlah bidang pengajian yang aku pilih. Pertanian? Terasa diri ini kecil berbanding rakan-rakan yang mengambil bidang-bidang profesional di seluruh negara.

Orang seringkali menganggap pertanian ini satu bidang kolot, kotor dan tiada asas kemajuan. Mungkin bukan semua orang, tetapi ada segelintir masyarakat yang berpendapat sedemikian. Ini membuatkan aku rasa rendah diri dan tercabar.



Bachelor Sains Pertanian di UPM, itulah kursus yang aku bakal tamatkan nanti. Kenapa perlu adanya pertanian? Itu satu soalan yang cukup mudah untuk dijawab. Tiada pertanian tiadalah kehidupan. Betul ke bohong? Tepuk dada tanya hati.

Pertanian di Malaysia? Bagi aku, masih lagi dipandang rendah oleh mata-mata yang memandang. Mereka menganggap pertanian bukanlah bidang yang diangkat sama tinggi dengan bidang-bidang yang menjana ekonomi negara. Tidak dapat dinafikan, keuntungan didalam sektor pertanian tidaklah setinggi bidang-bidang lain di dalam negara, tetapi kita hidup berpegang pada dunia nyata, andai kata pertanian dianak tirikan, apa yang akan jadi kepada negara? Kehidupan bergantung kepada makanan, dan makanan itu bergantung kepada pertanian, adakah relevan pertanian diabaikan? Buka minda, buka hati, fikirkan sendiri.

Ada suara-suara bijak yang memberi hujah " Eksport sahaja hasil pertanian dari negara-negara terdekat, seperti Indonesia, Thailand. Negara mereka jauh lebih hebat daripada kita dari segi pertanian dan banyak tanah untuk mengerjakan pertanian" Ya. Ada logiknya kerana kos eksport lebih rendah berbanding mengusahakannya secara komersial di Malaysia, tetapi fikir jauh ke depan saudara-saudari, andaikata berlaku krisis makanan di dunia, adakah negara-negara ini akan mengimport makanan kepada kita sedangkan negara mereka sendiri tidak mempunyai cukup hasil untuk diagihkan?

Pendapat peribadi aku, pertanian di Malaysia lebih menjurus kearah Kelapa Sawit. Lumrah manusia, mengejar kekayaan itu mengatasi segala-galanya. Berapa peratus syarikat-syarikat besar yang mahu mengerjakan pertanian berasaskan food security berbanding dengan keuntungan? Kalau ada pun, petani-petani kecil yang menjalankan pertanian tanaman makanan kecil-kecilan untuk mencari rezeki harian.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui tentang selok belok pertanian, boleh komen di bawah :) InsyaAllah akan cuba membantu selagi mampu.

Encik Ji : Kolot ke? 


6 Komen untuk "Bidang Pertanian Di Malaysia, Kolot?"

Salam encik ji...
saya nk tanya,
1-bagaimana masa depan sektor pertanian di Malaysia?
2-apakah kelebihan kos sains pertanian upm yg encik ji ambil?
hehe

wsalam M Hafizan.

soalan 1 ) masa depan sektor pertanian di malaysia bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita terhadap pertanian itu sendiri. Andaikata pertanian di pandgn sebelah mata, maka cacatlah pertanian sebagaimana cacatnya sebelah mata itu.

2) kelbihannya M Hafizan boleh jawb sendiri. HAHA

Pada pandangan saya, orang semacam Encik Ji lah yang diharapkan mampu mengubah tanggapan masyarakat umum terhadap sektor pertanian....

orang daripada background pertanian macam kitalah yang perlu mengubah industri ini di malaysia..insya'Allah!

ceburkan diri dalam pertanian dan tingkatkan produksi pertanian..jadi orang akan nampak bidang pertanian ni mampu bersaing dengan bidang2 lain. bukan selepas habis degree pertanian keluar daripada bidang pertanian..

boleh x En Ji kongsikan ap yg En Ji dpt belajar di Kos Pertanian ni...cthnye cara buat baja ke atau dll...

Bidang sains pertanian,UPM kajian pertanian yg bagaimana?

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X