Air yang hebat!



Kandungan :

Air Yang Dirawat Dengan Kaedah Nano Hydronium
Air Zam – Zam
Air Sarang Anai – Anai (Yang Telah Makan 22 Juzuk Ayat – Ayat Al-Quran)
Air Cendawan Ajaib (Dibacakan Ayat – Ayat Suci Al-Quran Sebanyak 40 Kali Khatam)
Air Kemenyan Mekah (Diimport Dari Yaman)
Air Kulat Susu Harimau
Air Hujan Malam Jumaat 10 Muharram


Tengok pada kandungan air ni, bukan calang-calang orang yang mengasaskannya. Caya sama lu bro! Mana nak dapat air yang sangat rare ni. Turun bukit, terjun gaung, masuk dalam gunung berapi pun belum tentu jumpa air macamni punya hebatnya. 

Siapa sebenarnya pengasas air yang serba hebat ni? Mengikut sumber yang aku copy dari page air yang hebat ni, air ni diasaskan oleh eh Syeikh Muhammad Yusuf bin Abdullah ( 1963-2011 ), seorang ulamak sufi terkenal di utara Malaysia. Kepakaran beliau ialah merawat penyakit-penyakit kerohanian seperti saka,gangguan jin,sihir dan santau. Lagi satu kali salute, mana dia dapat semua-semua bahan ni? Hebat gila r kau.

Antara persoalan yang aku terfikir bila tengok kandungan air ni ialah kenapa? Kenapa air sarang anai-anai? Kenapa air kemenyan? Air hujan malam jumaat 10 muharam? Kenapa? Kenapa?

Yang aku tahu, 10 muharam tu hari Asyura. Memangla hari itu hari yang dianggap besar di dalam kalendar Islam, tetapi kenapa air hujan jugak yang diagungkannya? Kenapa tidak pada amalannya? Andaikata lah tiada hujan pada hari tu, maknanya air yang hebat ni kena tunggu lagi setahunla nak diformulasikan?  Itupun kalau hujan tahun berikutnya. Negara-negara yang memang kurang taburan hujan jawabnya angan-angan jela nak dapat air ni.

Lagi 1, kenapa anai-anai tu makan 22 juzuk al-Quran itu? Mana pergi imam surau, bilal, Ajk makanan, Ajk kebersihan, Ajk kebajikan, dan lain-lain ajk yang boleh biarkan je anai-anai itu makan je naskhah al-Quran itu? Kenapa? :( Lagipun kenapa anai-anai itu makan 22juzuk je? Kenapa? banyak sangat persoalan yang bermain di dalam kepala otak aku yang kecil ni.

Kalau betul la air yang hebat ini betul-betul wujud dan tiada tipu daya laknat dalam memprosesnya, memang pengasasnya adalah golongan yang terpilih. Tapi setakat ini, aku rasa ini semua permainan manusia yang tiada putusnya. Wallahualam


Encik Ji : Minum watercoolerje :(


1 Komentar untuk "Air yang hebat!"

Memang rare betul la..haha. macam2 manusia sekarang ni. Guna agama utk menipu org lain.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X