[Top 5] Tempat menyeramkan di Malaysia

1) Highland Towers, Ulu Klang, Selangor


Sejarah bangunan ini ialah pada tahun 1993, satu daripada 3 blok Highland Towers telah roboh dan telah mengorbankan seramai 48 nyawa. 

Highland Towers telah diisythiharkan tidak selamat untuk diduduki. Walaupun terdapat ura-ura yang bangunan itu akan dirobohkan, tetapi masih tiada lagi tindakan diambil. 2 blok yang masih berdiri kukuh dibiarkan tanpa penghuni.

2) Banglo terbiar, Taman Bukit Bandaraya, Kuala Lumpur.


Banglo ini dikatakan berlakunya satu pembunuhan yang melibatkan warganegara Amerika Syarikat berketurunan India, Arjun Talwar dan abangnya Kabir bersama pembantu rumah warganegara India, Natalia  Fernandes bertarikh 23 April 1992. Mayat mangsa dijumpai di dalam lubang takungan najis.

Pengawal keselamatan, Arifin Agas didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati.

3) Kellie's Castle, Perak


Lokasi di Batu Gajah, Perak. Istana ini pada asalnya dibina oleh seorang peladang berbangsa scotland yang kaya, William Kellie Smith.

Pembinaan Istana ini yang bermula pada tahun 1915 dihentikan secara tiba-tiba apabila pemiliknya , Smith meninggal dunia disebabkan oleh pneumonia. Bangunan ini pada asalnya dibina bagi menggambarkan betapa cintanya dia terhadap isterinya , Agnes.

Terdapat banyak kematian melibatkan pekerja sepanjang pembangunan istana ini.

4) Villa Nabila, Johor Bharu


Villa yang bertempat di Danga Bay ini mempunyai ceritanya tersendiri. Terdapat banyak versi mengenai villa ini. Cerita sebenar Villa ini tidak dapat dipastikan. Tetapi tempat ini dikatakan agak keras berdasarkan pengalaman beberapa orang pelajar UTM yang terserempak entiti sewaktu melalui kawasan ini.

5) Lebuhraya Karak



Lebuhraya ini tempat yang paling banyak kisah misterinya. Banyak gangguan yang berlaku di lebuhraya ini. Ini kerana lebuhraya ini dikatakan telah banyak mengorbankan nyawa sepanjang pembinaannya. 

Antara cerita mulut yang dibawa oleh pengguna lebuhraya ini ialah kehadiran Volkswagen Kuning yang dikatakan tiada pemandu.


Jika korang ada pengalaman tersendiri, bolehla sama-sama berkongsi.


2 Komen untuk "[Top 5] Tempat menyeramkan di Malaysia"

sy org karak..lebuhraya tu awal pembukaan je ada cerita cam tu..now dah xde lagi

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X