Petua bagi laki penyegan :
1) Surat layang
- bagi 1 surat cinta kepada target. Kalau rasa tak mampu bagi by hand, letak di celah2 purse target dengan cara apa sekalipun. Kalau tak berjaya letak secara berhemah, gunakan secara kekerasan, ragut purse target dan letakkan surat cinta di dalamnya. Ambil semua barang di dalam purse untuk menunjukkan yang kasih cinta korang terhadap target tersangatlah mendalam. Selepas itu, bagi purse target secara face to face dan mengaku yang korang adalah peragutnya. Sebagaimana si perempuan meragut hati korang, macam itulah jugak korang meragut beg si target. Pursenya ada, tapi isinya kosong, sepertimana hati korang yang telah diragut ada, tapi jiwanya kosong.
2) Ganggu
- ini adalah salah satu cara untuk menunjukkan rasa cinta korang kepada perempuan. Ganggu target tak kira siang mahupun malam, apatah lagi pagi. Gangguan boleh dibuat secara fizikal mahupun mental. Antara contoh gangguan fizikal, korang boleh menyepak/menampar/menggeletek target tanpa menghiraukan orang ramai dan juga perasaan si target. Gangguan berbentuk mental pula lebih kepada psikologi dimana korang akan menganggu target dengan cara menghina/menyindir peribadi target. Pastikan target menangis dan merah padam mukanya sebelum korang berhenti untuk menggangu. Mengikut kajian, gangguan fizikal lebih berkesan kerana ia akan meninggalkan kesan mendalam kepada si target berbentuk calar-calar di badan, ataupun lebam-lebam di muka. Cinta akan lebih terjalin dengan adanya gangguan seperti ini.
3) Facebook
- cara yang paling berkesan dengan menggunakan teknologi sedia ada. Di zaman ini, penggunaan facebook menjadi pilihan di kalangan remaja kerana lebih menjimatkan dan agak menyeronokkan. Cara untuk meluahkan cinta korang di facebook ialah dengan create 1 page khas untuk si target dan taburlah ayat-ayat cinta di sana. Pastikan korang menggunakan akaun yang betul kerana penggunaan fake akaun dianggap tidak gentleman di kalangan perempuan. Lihat berapa ramai yang like page itu dan check samaada si target turut sama like page itu. Jika tiada sebarang komen daripada si target, cari kepakaran hack daripada member-member korang dan hack facebook si target dan like page yang korang dah create menggunakan akaun target. Ini sedikit sebanyak menambahkan kasih sayang dengan cara perkongsian akaun fb.
4) Handphone
- cara ini dianggap paling tidak gentle, tetapi masih lagi boleh digunakan bagi lelaki penyegan. Caranya agak berbeza dengan cara mengorat remaja sekarang yang agak kuno. Cara remaja kuno mengorat ialah dengan menghantar mesej secara terus kepada target, tetapi berbeza dengan cara yang disarankan, send message cinta korang kepada member-member yang rapat dengan target secara pukal. Pastikan letak nama target di hujung message bagi mengelakkan kekeliruan.Kalau boleh nama penuh. Selepas penyebaran message itu berlaku, percayalah, berita ini akan sampai dengan automatiknya kepada target tanpa kita sendiri yang menghantarnya secara terus. Bak kata pepatah, "alahai biasalah perempuan, mulut mana boleh tutup". Dengan ini, kemachoan korang lebih terserlah dan keegoan tu masih tinggi walaupun berbau-bau busuk.
5) Belajar
- ini adalah cara yang paling berkesan berbanding cara-cara 'sampah' di atas. HAHA. Bagi korang yang rasa nak mengorat perempuan, belajarlah rajin-rajin. Walaupun pmr korang dapat 9A, itu belum cukup untuk melayakkan korang mengorat si perempuan. Ikhlaskan diri dalam belajar, dan cuba mencapai apa yang dipanggil cita-cita. Jika hari ini perempuan xpandang pun korang, percayalah, bilamana korang berjaya dalam hidup, akan ada yang lebih baik muncul dalam hidup. Walaupun korang tidaklah sehensem Brad Pitt,David Beckham, setough Aaron Aziz mahupun Maleek Noor, tetapi dengan poket yang tebal, perempuan secantik Maya Karin, Lisa Surihani mampu korang gapai bila tiba masanya nanti.
6 Komen untuk "Cara Mengucapkan Cinta - Bacaan Lelaki"
ok aku terbaca.hahaha...hahahaha..malu ok ..hahahaha..
(dah sewel..sblum aku merapu bek aku chaw.hahaha..
1-5 complete oo..hahahaa..
kalo suke pegi jumpa mak bapak la..jgn duk ganggu,srabut weh..haha
kalau suke tu terus terang jee....tapi pastikan mempunyai hati yg kering...hahaha...:D
Surat layang tu pernah juga dapat masa sekolah dulu. Setakat bawah meja je haaa.. Wakaka. Cerita budak-budak dulu sangat seronok. Tapi tu la. Lelaki sekarang sangat tak gentleman -.- Hoho
hahahhaaa
cara apekah ini :D
approach jela famly dia trus
gentle skit
hehee
mcm ade experience je encik ji. haha. saya suka cara yang last sekali. and tulah yg saya selalu pesan dekat laki2. hee.