Jangan sombong untuk bersyukur bila dapat satu2 kemudahan ataupun kesenangan. Tetapi, betul ke setiap benda yang terjadi tu kita patut bersyukur?
Contoh 1:
Seorang perempuan yang lagaknya alim-alim kucing mengucapkan syukur di facebooknya, memuji-muji Allah kerana mengurniakan seorang BF yang cukup penyayang dan understanding kononnya. Sedangkan, di album profilenya , beratus-ratus gambar dia dan si BF tersayang berpeluk tanpa segan mahupun malu.
Betulkah konsep bersyukurnya?
Contoh 2:
Seorang lelaki yang tak berapa cerdik mahupun pandai berjaya melanjutkan pelajaran di dalam salah satu bidang profesional di negara. Bersyukurnya yang amat kerana dikurniakan rezeki ini. Tetapi, kehidupannya yang profesional ini jelas mendekatkan dirinya kepada sosial di bandar dan menjauhkan diri daripada alQuran mahupun solat.
Bersyukur?
Ceritanya di sini, adakah betul konsep bersyukur itu? Jangan ingat semua benda tu adalah kurniaan rezeki Allah, mungkin ianya satu cara Allah menduga hambanya. Jangan terlalu hanyut dengan keduniaan sehingga perkara haram dan rezeki Allah disalah tafsir.
Gunakan kepala otak untuk berfikir, bukan mengikut nafsu dan diletakkan melebihi akal.
Followers
Artikel Pilihan
-
Tak kira perempuan mahupun lelaki, mesti pernah menangis. Walau diri tu perogol bersiri, mahupun penyimbah asid yang bangang, mesti pernah m...
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Lagak seakan-akan beruk yang sedang melompat di atas pentas, sambil mengalunkan muzik yang mengkhayalkan sampaikan melalaikan orang, adakah ...
-
Orang kata kena takut Allah, aku pun takutlah. Tapi takutkah aku? Aku takut Allah tapi aku :- 1) solat subuh pun aku fail pagi tadi. q...
-
Pernah tak korang terfikir apa tujuan sebenar korang buat blog ni? Ini cerita aku dan blog pada masa lepas hingga sekarang dan sebab-sebab...
-
Ini bukan cerita rakyat, mahupun cerita hantu, ini adalah kisah benar mengenai hal ehwal manusia berdasarkan pengalaman sendiri. Dilema na...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info


5 Komen untuk "Bersyukur, Patut Ke?"
berfikir guna kepala lutut kot..=p
contoh 1 tu mmg selalu tengok kat fb. Nak tergelak pun ada. Nasib dah deactive, kurang sikit tgok org2 mcm tu XD
Lamanya jangan ignore tak update belog..!! :p
mai sini..awat lama tak update..
Kadang-kala tak patut juga... kena sentiasa berhati-hati... kadang-kala xkena konsep juga...