Perempuan bajet kutuk perempuan freehair

Ini bukan entry troll yang sesetengah bloggers gunakan untuk melaga-lagakan orang. Ini adalah entry perihal sebenar dilihat oleh pancaindera aku sendiri mengenai persepsi sebahagian perempuan bajet ke atas perempuan freehair.

Bagi aku, satu gelaran yang boleh diberi kepada perempuan-perempuan bajet ini iaitu tak sedar diri.

Pandang atas bawah kiri kanan sebelum nak memulakan ayat mengata tu. Memang tidak ada yang salah apa yang dicakapnya, tetapi yang cakap tu tak berapa nak betul, apa hal nak menegur. Kurang ilmu mungkin.

Si perempuan bajet berkata " tidak guna berpuasa jika tidak bertudung " . Agak-agak apa perasaan si freehair, agak panaslah kan. Tetapi , mungkin secara positifnya, kenyataan tu betul walaupun tatacara bahasanya agak menyimpang. Pada pandangan pertama aku, oh , perempuan ini cukup sempurna. Pada pandangan kedua, ok , ini salah seorang perempuan tak sedar diri.

Mungkin pada kepala otak si perempuan bajet itu, hanya rambut yang akan dihitung di akhirat nanti, sedangkan buah dada tidak termasuk dalam kategori dosa. Buah dada nya yang tidak ditutup tidak nampak dosanya, rambut orang lain juga dikutuknya. Mungkin baju yang nipis itu sudah mampu menutup buah dadanya, fikirnya mungkin.

Bagi aku , tidak ada salah menegur, tetapi apa kata kita tengok dan fikir apa kelemahan kita sendiri. Memang ianya tidak berkaitan dengan aku, kerana sememangnya aku bukan dalam golongan yang wajib bertudung, tetapi aku sebagai pemerhati agak menyampah dengan ayat perempuan bajet ni.

Ceritanya di sini, kembali ke dunia nyata, ukur baju di badan sendiri.

Encik Ji : panas di petang hari



11 Komen untuk "Perempuan bajet kutuk perempuan freehair"

conclusionnye: jgn menilai someone dr luaran or seng ckp amik je kate2 peribhasa bi tu"dont jugde book by its cover :D

tapi kita juga kena saling tegor menegor..=)... maybe menyampah sebab cara tegor tuh..btw..for gurls maybe ley take note here kesalahan tanggapan wanita terhadap aurat
http://buttersheep.blogspot.com/2011/08/10-kesilapan-tanggapan-wanita-tentang.html

xsalah kalau menegur secara hikmah..org lain boleh terima

haha..tu la. kalau nk tegur tu pikirlh dulu. jgn ikot sedap mlt je.

apa yang dikatakan betul..cume org kite je xleh nak menerima..tapi yang nak menegur tu haruslah seswai nak bg teguran..

dah memang dlam hukum hakam wajib tutup aurat..tu je kata kunci sebenarnya.. :)

jadi nak banyak bunyi pon xleh..sebab salah cakap..orang dah melenting..

ada betulnya entry nie.. tp yang tak bertudung tetap berdosa...

aiyaa..apa sudah jadi encik JI? jangan panas-panas.

err..saya ada tak buat mcm tu. risau lah pulak. :|

firstly, SAYA bdk skolah.. dan msih dlm pembelajaran ilmu pendidikan ISLAM.. slah satu tajuk yg mgkin berkait dgn post ni myb AMAR MAKHRUF NAHI MUNGKAR... xsilap lah.. kalau salah maap le..
oke.. main point saya skrg ni...
kalau kita 6pak ksalahn org,,

1.tegur dgn prbuatan..
ckgu saya kta.. ini kalau kita pemimpin slalunya.. kita ada KUASA.. so kita berhak tegur org yg salah.. mcm makcik pakcik bole tegur bdk bdk yg dok lepak.. centu la lebey kurang..
then kalau xmampu..barulah

2.tegur dgn percakapan..
ckgu saya kta.. cara ni.. kena sopan.. jgn mengaibkan org tu.. kalau ya pon nk tegor, jgn la kt tmpat umum,, contoh, jgn p p0st kt wall dlm fesbuk.. mcg kn bole? sbb kmungkinan besar.. org yg ditegur tu akn malu,, so pyh la nk trima kritikan..
kalau dah mmg lemah iman.. xmampu cgt wt 2 ats ni.. just..

3. tegur guna hati...
ckgu saya kta.. ni selemah lemah iman lah.. tp ini lebih baik dr diamkn diri.. kita jgk yg akn tggung saham nnti.. tegur guna hati ni juz kita tgk kmungkaran, then kita sedar yg "ehh, salah tu. menyimpang" pas tu.. tekad dlm dri "aku xmaw jd mcm tu".. oke DONE~

setiap satu.. ada hikmah trsndri.. ISLAM ITU INDAH ;)

*maaf kalau bg info salah.. sya bdk masih bljr..

emmm jue no komenla..
coz jue ktegori tak bertdg kan..nak ckp lebih2 pun better tak payah kan..


so fikir2 kanla...moga kita semua dapat hidayah n petunjuk dari ALLAH SWT..


*Doakan jue cepat bertudung yea..hik3

rupanya ppuan ada sifat ego yg terlampau dr segi pakai tdung, legging..

ppuan la yg banyak dekat neraka kelak..seperti Nabi SAW kata waktu israk mikraj

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X