Tajuk mau panas, trafik pun tinggi

Mungkin tajuk aku tak berapa nak panas, sebab aku memang tak pandai nak berpanas-panas di kalam malam hari ni. Tapi, itulah cerita aku hari ini.

Kadang-kadang, hidup kita sebagai bloggers ini, kena cari tajuk yang mantap untuk menarik pembaca. Yela, pembaca ini manusia, makhluk yang amat susah hendak digambarkan, banyak perangainya. Mengikut pemerhatian dan isi hati aku sendiri, ini adalah antara tajuk-tajuk yang kebanyakan manusia senang dan seronok untuk membaca.


1) Seks. Tajuk ini selalunya menjadi pilihan manusia. Tak kira lah yang alim mahupun yang alim suam-suam. Ada yang datang nak kutuk, ada yang datang nak nasihat, dan ada juga yang datang nak mengalami perasaan seronok. Apa yang seronok sangat? Tajuk seronok mungkin. Tetapi, kesannya, korang akan dilabel sebagai bloggers seks, yang menarik trafik menggunakan keyword seks. Itulah panahan kata-kata dari blogger lain. Tahan telinga jelah, nak trafik tinggi punya pasal.


2) Mengutuk. Dah jadi kebiasaan, si lelaki mengutuk perempuan, perempuan pula mengutuk lelaki, kutuk ayam, kutuk kucing dan lain-lain. Ini juga menarik minat orang untuk melihat sesi kutuk mengutuk itu. Yela, mungkin ada yang tengah panas, ditambah dengan entry panas, maka bertambah-tambahlah panas si empunya badan. Lebih-lebih lagu, artikel itu sedikit sebanyak bersangkut paut dengan dirinya. Contohnya, ....


3) Trafik. Tajuk seperti ini menjadi kegilaan bloggers yang berminat menjana duit dengan blog. Tipulah kalau korang tak nak duit, lebih-lebih lagi yang takde duit macam aku, jana trafik melalui blog jelah yang mampu. Cuba korang letak tajuk, Cara mendapat 1juta trafik sehari, mesti ramai yang jenguk, dan tak kurang juga yang mengutuk di dalam hati." Blog buruk macam ni nak ajar aku jana trafik tinggi? " Tidur lagi baik dari baca entry mengarut ni.


4) Politik. Ini selalunya menjadi pilihan di kalangan pembaca yang sangat-sangat suka berpolitik. Aku juga sering mengikuti perkembangan politik negara, sampaikan dah tak tahu mana satu yang betul, mana satu yang tak. Ditambah lagi dengan berbagai-bagai isu dalam negara. Jadi, korang nak jadi blogger politik, silakan. Tetapi, identiti yang tersendiri dan sumber yang berguna diperlukan untuk meraih nama dalam dunia blog politik. Setakat entry copy paste dari blog-blog politik otai, orang sedikitpun tak pandang.


5) Gosip artis. Kegilaan remaja sekarang, cerita luar dalam artis. Yelah, selebriti, semua orang pandang. Artis masuk tandas awam tak bayar 2posen pun boleh dapat trafik tinggi. Cuba korang taip je berkaitan perihal artis. Mesti trafik tak henti-henti. Tetapi, setakat gosip basi, peminat tak pandang. Lagi best, kalo korang ada rakan yang sememangnya artis, boleh dajal rakan sendiri, kasi gempak korangnya blog. Amacam? Lagi untung kalau ada pakwe artis...


Dan berbagai-bagau tajuk lagi yang nak kasi panas korangnya blog. Ini je yang aku nak senaraikan , sebab nak kongsi banyak-banyak, aku pun bukannya blogger otai, berapa kerat je nak jenguk. Kankan.

Encik Ji : suka blog yang boleh buat aku berfikir.



9 Komen untuk "Tajuk mau panas, trafik pun tinggi"

entah,ca'ah suka blog terfaktab dgn the other khairul. best! :)

hehe..betul bro tp cr duit smpngan apa slhnya :)

saya punya entry tajuk tak hot. semua kat atas tu pun takde. :|

betul, suka blog yang buat otak berfikir, dan santai-santai =)

betul.. suka yg berfikir juga..

Sy paling tak pandai nak cari tajuk entry. Last2 tajuk tah apa2. :/

miss paling suka bab traffic..** kita serupa,duit x berapa nk ada..guna blog jelah nk jana duit

hehe

aah, sy pun try nk jd blog yg berfikir..hehe

saye suke jengok blog awk, sebab blog awk buat saya berfikir . TQ. :)

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X