Kenapa aku berblog?

Pernah tak korang terfikir apa tujuan sebenar korang buat blog ni?

Ini cerita aku dan blog pada masa lepas hingga sekarang dan sebab-sebab aku berblog.

1) Kalau ikut pengalaman lepas, di zaman sekolah menengah dahulu, aku buat blog khas untuk kelasku, hanya untuk suka-suka, yela, nampak style tak kelas ada blog sendiri. Bapak style. HAHA. Walaubagaimanapun, bila dah abis sekolah, aku delete blog tu sebab menyakitkan mata aku, sebab semua dah ada arah tuju masing-masing, blog pun dah berhabuk, buat pe lagi simpan?

1) Kali kedua aku buat blog, selepas sebulan aku delete blog kelas. Bosan. Sementara duduk di rumah menunggu keputusan SPM aku yang tak berapa nak cantik,  aku buat satu lagi blog. Blog ni aku hanya post satu entry , pastu aku mulai bosan balik. Blog kedua aku delete selepas sehari berblog. Bangang ke tak? HAHA

3) Kali ketiga aku buat blog, bila dah dapat keputusan SPM dan belajar di sebuah matrikulasi di Malaysia. Kali ni blog aku lebih kepada rojak,sebab blog kali ini bukan aku seorang je author, tetapi dengan kawan-kawan matrikulasi. Tetapi, sebab ada yang gatal tangan pergi kacau bahagian HTML, blog kami hancur, aku sebagai designer cuba menyelamatkannya, tetapi sayang,kepakaran aku ketika itu yang hanya berdasarkan design semata-mata tidak mampu buat apa-apa. Ibarat telur di hujung ... Kami relakan ianya pergi. [ekekeke]

4) Cubaan kali keempat untuk membuat blog berjaya. Tetapi, masing-masing dah sibuk dengan homework yang berlambak-lambak. Tetapi homework tidak mematahkan semangat aku untuk terus berblog, kerana aku tahu , homework ku hanyalah hasil copy paste dari kawan-kawan geniusku. HAHA. Aku teruskan untuk beberapa bulan, dan bila final menjelang, aku lah mangsa keadaan. Result tah ke mana, blog mula disalahkan. 

5) Blog ke-5 aku hanyalah satu percubaan untuk mencuba design. Bagaikan blog sampah, di situlah aku menguji kepakaran aku untuk designing. Tetapi, sebab tiada bakat untuk design, ternyata blog aku memang menjadi satu blog sampah yang busuk lagi hapak. Mulai sedar diri, bakat design tak pernah ada dalam hidup, aku lupakan blog, aku teruskan menjalani saki-baki kehidupan. 

6) Blog datang lagi dalam hidup aku bila kawan aku cabar untuk membuat satu blog. Kali ni, tema blog aku lebih kepada download, sebabnya minat aku ketika itu lebih ke arah software. Tetapi, seperti biasa, pengalaman lepas tetap mengacau hidupku, sekali lagi mood untuk berblog hilang. Mungkin sebab ketika itu laptop aku mulai mendapat virus dari software aku sendiri, lalu, format menjadi penyelesaian. Blog aku biarkan tanpa didelete.

7) Kini, aku buat satu lagi blog yang agak rileks, yang tak perlukan aku design cantik2, cuma untuk berkongsi pengalaman hidup aku yang banyak mengajar aku apa itu maksud sebenar hidup. Yang mana , kebanyakan orang cuba tutup mata walaupun kebenaran itu sudah diketahui. Mungkin bukan sebagai pendakwah, tetapi lebih kepada menyedarkan manusia yang "there is reason for an action".  Adakah blog ini akan terus hidup? 
HAHA

Adakah ini alasan yang cukup kuat untuk aku terus berblog? 

Korang pula kenapa berblog? HAHA 


20 Komen untuk "Kenapa aku berblog?"

hahaha....banyak giler blog...ak yg baru sebulan lebih buat nie pon dah start boring...tp takde la pk smpi nk delete ag..hehehe

blog ni sempoi bro! jangan tinggalkan!.

hehe..aku blog pun sebab nak luahkan perasaan,

berblog is fun..x perlu blog lawa2..cukup sekadar kite puas hati

dulu2 pon saye pnh buat blog utk download.
tapi dah delete la, mls nak update. penat cari bhn...

yg last tu saye suke. segala yang pahit tu tak disukai dan cuba dimaniskan. Last2 jadi pahit..

@Luqeem™

luqeem . meh ak blnja bukak pose ptg ni. kekeke.

@cik najihah

tulapasal. tp nk berblog ni kna ad mood, kalo xd mood, tgk blog pn da ckup sakt ati. haha

@miErah halim

haha. lg satu blog download2 ni da rmai sgt buat, boring. :P

wah!! byknyer kalinyer blognye,,hrp blOg yg nie dpat bertahan la yer..klu tak..sekeh nanti!! hehe ;p

berblog sebab...nak luahkan perasaan kot~ hehe
kat FB tak bole nk buat status panjang lebar..
encik Ji, teruskan berblog dgn blog ni ye~ :D
-penyokong setia en Ji-

blog for me..freedom of speech..
aku nak lepaskan semua dalam blog je..kat fb ramai sgt boley baca..kadang2 aku siap2 tulis,marah2 bagai dalam entry baru...pastu terus delete semulaa..x publish pon..asalkan kemarahan aku lepas..wahaha..lagi bangang:P

kekadang akak rasa memboringkan.. kekadang plak ada mood.. tp yg jelas masa berharga akak ngan anak2 dah x der, asyik ngadap blog je.. apa lae???

sangat byk ye blog.hehehe.keep blogging.blog ni dan entri2 semua best. ;)

wow..banyaknya blog..aku berblog pon sebab konon2 isi masa lapang sebab time tu baru lepas hbis degree..haha..dah nak setahun blog aku

Hehe...
delete dan buat blog baru...
normal kot.sbb rmai pnah buat including me..
tp kalau dah smpai 5-6 kali.pecah rekod tuh.my purpose of blogging - isi mase lapang + kebosanan.hihi

haha. ni harapnya smpai ke anak cucula. blog ni akan msuk dlm wasiat nanti. ekekeke

kuattt! blog encik ji yang ni bagus. sebab kadang-kadang sedarkan diri saya jugak. even tahu benda tu, tapi manusia mudah lupa.

banyak kali nya buat blog. saya banyak kali bosan pun ada satu je blog tu. dari 2009 sampai sekarang. tapi kalau tengok entry dulu-dulu memang rojak la. start June lepas baru stable sikit. :)

aku punya blog memang rojak buah abis..sume aku campur.cerita merepak.info isu basi..pendek citer..macam2 ada.
aku suka beblog sbb aku suka tulis apa yang apa aku fikirkan.

 
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
X