Makcik aku pula tambah, cinta itu bila-bila boleh dapat. Yang penting, ada hati dan perasaan. Kawan itu susah nak cari yang satu kepala, kalau dah jumpa, untunglah.
Adik aku menyampuk, orang tak mainlah cinta-cinta ni. nak dapat 9a pmr mana boleh cinta. kawan-kawan adalah.
Nampak agak berat sebelah semua kenyataan di atas. Sebab semuanya kata kawan itu lebih penting daripada pakwe/makwe. Adakah fakta ini betul atau hanyalah permainan mulut semata-mata?
Jawab ujian di bawah dengan hati tulus ikhlas setulusnya kasih sayangku kepada korang.
a. Jika Ya lebih banyak daripada Tidak, maknanya korang memang setia kawan.
Ujian
1) Makan
- sanggup tinggal pakwe/makwe semata-mata nak makan dengan kawan
- lebih rela belanja kawan daripada belanja pakwe/makwe korang
- makan kat restoran mahal-mahal dengan kawan tapi dengan pakwe/makwe , kat warung tepi jalan pun ok.
- suap kawan korang makan. Pakwe/Makwe lantaklah.
- tengok muka kawan-kawan masa makan, dengan Pakwe/Makwe tak teringin pun nak tengok.
[ Ok, korang lulus ujian pertama ]
- 90% daripada 10 orang calon gagal. Korang lulus? Hebat
Ujian
2) Tidur
- wish goodnight sebelum tidur kat kawan-kawan sebelum tidur, Pakwe/Makwe korang? Entah
- tidur tu termimpi-mimpi kawan sebelah. Pakwe/Makwe , pernah lah sekali dua, tu pun mimpi ngeri
- bangun tidur, korang text kawan korang, gerak bangun. Pakwe/Makwe, tunggu petang skitlah text.
[ Lulus Ujian ke 2, korang betul-betul kawan yang hebat ]
- 90% menipu untuk berjaya dalam ujian ini
Ujian
3) Call/Message
- dalam sehari, 15 belas kali korang call kawan korang, bertanya khabar dan cerita. Pakwe/makwe, tanya sekali je , tu pun tanya , 'dah makan'?
- message kawan bila buat satu-satu benda dan sampai satu-satu tempat. Pakwe/makwe , kena culik pun konfirm tak tahu
- gayut ngan kawan berjam-berjam lamanya, supersaverlah katakan. Pakwe/makwe, 5 minit pun dah kira azab.
[ Lulus jugak? aku blur seketika ]
-90% terpaksa buat-buat tidur untuk jawap soalan ini
Nampaknya, fakta yang mengatakan kawan lebih penting daripada cinta itu benar.
Kesimpulannya, sayangilah kawan korang sebagaimana korang sayang aku. HAHA.
13 Komen untuk "Kawan atau Pakwe/Makwe"
haha..sayang dan kawan semuanya..senang..:)
Saya sayang kawan2 saya. :)
yep. pakwe/makwe tu pun dtg dri friendship jugak. tp sememangnya kawan lagi best!
hehe...susah nak jumpe orang yang jawab "tidak" la :)
btw love this entry damn much :)
http://ayienocaca.blogspot.com
saye setuju kawan lebih penting.!!!
winkwink~~
saya ngan bf memang bestfriend dr dulu..so sama penting gak la ngan gurlpren2 saya.. hihi..
secara jujur? saya tak jumpa lagi kawan yang mampu buat saya untuk mengutamakan mereka. even takde bf, tak jumpa lagi kawan yang boleh rapat sampai mcm tu sekali.selama 5 tahun saya dgn bf, pelbagai jenis ragam kawan dah bertukar-tukar. mmg semua jenis jumpa bf,tinggal kawan.saya terasa sebab bila saya jumpa mereka, saya akan suruh bf main jauh2. dah habis jumpa, baru jumpa balik. tapi balasan kawan saya? jumpa bf, blah. so, saya rasa bf saya lah kawan yang paling baik sekali.
tapi bagi yang dah ada kawan yang sangat setia, mmg sgt tak appropriate untuk anda tnglkn kawan semata-mata untuk bf yang baru jumpa dan tak kenal sangat.
hahaha...complicated gak nih
pakwe dgn kwn..sy lebihkan kawan...klu kwn dgn suami,sy lebihkan suami..simple kan.hehe
golongan takde bf mmg takleh jwb la ni. hahah.
psss, header jangan nak comel sangat boleh??geram tgok.hahhaa. nak satuuuuuu.... :))
hahaha...yeyeay lulus!! huhu...tak yah kapel la kot...heheh
watpe kapel2 pastu buat sakit mata org..ce tengok sini
beragaklah sikit =="
okay tak ade bf jadi aku lulus semua la kan.. HAHA
fara pon cm queen F
xder bf
so fara lulus automatiknye
hahaha ^^