Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan mencapai penghujungnya.
Walau mulut masih berbau daging goreng yang dimasak dengan mata yang kuyu di kala sahur tadi, tapi mulut ini tetap juga berkata-kata sehinggalah sahur seterusnya menjelma.
Mungkin kita tak sedar, atau buat-buat tak sedar, atau memang kita tak pernah sedar diri menggunakan ayat- ayat seperti yang dinyatakan di bawah.
1) bila nak berbuka?
- bangun-bangun pagi dah mulai tanya bila nak berbuka. sampailah ke sudah, 5minit nak berbuka, ayat ini tetap menjadi pilihan.
2) nak berbuka apa petang ni?
- popular di kalangan golongan ibu-ibu dan juga anak-anak muda bujang
3) penatnya...
- ni tak kira bapak budak sekalipun, akan ada terkeluar ayat ini. cukup ringkas tapi penuh makna. Silap-silap, peti ais menjadi mangsa
4) tarawih ke tak ek malam ni?
- bila dah lama berpuasa, semangat tarawih semakin berkurang. Lebih-lebih lagi makanan berbuka tu semua kita balun.
5) lambatnya...
- ni bagi mereka yang suka sangat countdown. bila dah takde keje, memang countdown jelah. tapi makin ditunggu, makin lamalah jawabnya.
6) nak diet
- selalunya ni keluar dari mulut perempuan. kalau tak mulut pun, dari status facebook. orang kata, sambil menyelam minum air. jangan niat berpuasa tu sebab nak kurus pulak, terpesong plak jadinya
7) oh cuti...
- popular di kalangan pelajar yang menetap di asrama. tak sabar menanti balik rumah untuk berbuka bersama keluarga
8) esok nak puasa tak ek
- macam pelik je soalan ni. ingat puasa ni apa?
9) siapa tak puasa takleh raya
- ni ayat dari mak bapak, nak pujuk anak-anak puasa. biasalah budak-budak.
10) sahur nak makan apa
- ni bila dah tenang-tenang berbuka, sahur pulak menjadi persoalan.
Ini adalah antara ayat popular dari mulut orang berpuasa di sekeliling aku. Korang pulak macam mana?
Followers
Artikel Pilihan
-
Ringan-ringan dalam bercinta menjadi perkara biasa dalam golongan remaja sekarang. Istilah ringan-ringan bermaksud selagi tidak pancut dalam...
-
Keyboard warrior. Istilah yang diberikan kepada mereka yang berjuang di keyboard, tapi di dunia sebenar, hanyalah seorang pengecut yang ...
-
Dari sudut pandangan seorang lelaki, apakah yang lelaki tidak suka pada perempuan? Topik ini dikeluarkan selepas satu perdebatan antara j...
-
Phonesex yang menjadi kegemaran pasangan sangap ini jelas semakin menjadi-jadi pada masa sekarang. Golongan yang terdesak ini melepaskan naf...
-
Pernah menjadi seorang kanak-kanak yang meminati kartun, sedar tak sedar, di dalam kartun yang pernah ditonton itu, terdapat lagak lucah yan...
-
Sedar tak sedar, tinggal beberapa hari lagi ramadhan akan mencapai penghujungnya. Walau mulut masih berbau daging goreng yang dimasak deng...
Ruangan Iklan
Trafik Lalu Lintas Blog
Copyright © 2014 JanganIgnore - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
15 Komen untuk "Ayat-Ayat Popular Menjelang Puasa"
biasa dgr jugk ayat mcm tu
nombor 2 selalu guna ! memg mnjdi masalah :D
hahahahah betol sgt tuh! sume tu pernah kua dri mulut kite.
tambah ag satu :
"bila nak raya nihhhh!" hahaha
nak balik kampung hari apaaaaaaaaaa?
^^
dialog aku
"tahun ni nak wat kuih ke beli???"
dialog kat atas tu sume aku penah guna...hehe
hahahaha. yezzaaa. semua ayat2 diatas tu mmg mnjadi kegemaran bulan ni..
adalagi,,,,
lapolah...
haus lah..
rini panasnye..dahagalah..
biasenye lambatnyeee hihi
eh eh betul la ;)
tp bukan semua.. HEHE
haha..banyak jugak yang selalu kite cakap! alamak!
hahaha..same doe..
tambah lagi..
1)sedapnye makanan ni..
2)dalam ati aku salu cakap..nak minum air satu jug berbuka nnti..
Ps: sekarang aku haus gilerrrr~~~
Tul sangat laytu,.
i like this,. thanks
bila nak berbuka tu selalu jaja yang tanya. nak berbuka apa mama dengan ayah tanya. penatnya adik-beradik dan saya selalu cakap.lambatnya tu pon jaja. yang lain semua takde. :)
sedih nak tinggalkan Ramadhan tahun ni..
mcm tu la yg didengarnya..
hehe..
bnda sma setiap tahun